Wanita dan Jodohnya | Miss Durian Runtuh

Jun 10, 2021

Wanita dan Jodohnya

Assalamualaikum semuanya.Sekarang ni isu hangat pasal Dr. Muhaya. Nak tulis dalam facebook atau twitter,ramai orang,dan aku tak suka nak share pendapat bertulis dalam platform yang ramai pemikir.Sekadar nak share di blog je.

Hasil pembacaan aku 2 hari ni,kesimpulannya,kalau wanita itu terlebih pandai,wanita itu akan jumpa 3 jenis ini;
1.Lelaki menghargai dirimu.
2.Lelaki jadi insecure (rasa tak selamat,tercabar).
3.Lelaki jadi biawak hidup senang lenang tumpang kesenangan perempuan (sebelum kawin pun ada je yang suka ambil kesempatan).
Terlebih pandai tu pecah pulak kepada tahap pendidikan,sikap & kemampuan berdikari.

Faham apa yang Dr. Muhaya cakapkan tu.Tapi netizen pun faham dari pelbagai pemahaman,mengikut point aku di atas.Semua pendapat adalah betul.Tiada yang salah. Isu ni jadi panas sebab ayat buat bodo-bodo sikit tu. Bagi aku,kita orang perempuan kena pandai menilik keadaan. Bila masa nak pandai dan bila masa nak acah-acah tak pandai.Hihik.

Pasal lambat kawin tu,bila  perempuan dah lama single dan boleh buat semua benda,memang dia rasa tak perlukan lelaki dalam hidup dia.Tapi percaya lah,setiap perempuan nak dimanja,diberi perhatian dan disayangi,hanya lelaki berani saja yang akan menarik perhatian,dan hanya lelaki yang sesuai akan bertahan dengan seseorang perempuan itu..Jadi,jangan segan nak berkenalan.Mohon jangan ambil kesempatan atas kesenangan perempuan tu pulak ya.

Pasal hormon pulak,taktau nak komen sebab aku rasa dulu pun aku kurang hormon estrogen.Boleh nampak difizikal dan period.Sekarang dah okay kot lepas berat badan dah turun.Hehe.Dan hormon ini membuatkan aku lebih happy maybe?Kalau tak moody aje. So,betul la kot boleh tarik jodoh cepat.

Pendapat orang dah kawin?Katanya biar la "bodo-bodo sikit","lemah sikit","manja-manja sikit",pendapat anda lari tajuk sebab Dr. Muhaya ni sembang pasal perempuan bujang.

Apa-apa pun,jodoh adalah takdir,ketentuan dari Allah.Rahsia Allah.Ada yang kawin muda,kawin di usia senja,ada yang kawin berkali-kali,ada yang kawin seminggu kemudian pasangan meninggal dunia dan lain-lain.Perkahwinan adalah perjudian.Kita taktahu apa kita akan dapat dan hadap. Cumanya jangan takut nak kawin dan menidakkan takdir (itu pesanan abah pada nazirah).

Semoga berjumpa lagi.

0 Flowers: