Assalamualaikum semua orang. Sihat ke? Haa, selamat berpuasa semua. Semoga Ramadhan kali ini ibadah kita lebih baik hendaknya. Panjang umur, boleh puasa cukup sebulan dan raya. Dan kalau ada rezeki boleh lagi sambut Ramadhan tahun depan kan.
Sebenarnya, nak cakap sikit. Sekarang kan fesyen baju kurung peplum/moden je kan. Korang pernah tak terdetik kat hati dan fikiran korang, ada lagi ke orang beli/tempah/pakai baju kebaya ye tahun 2013 ni? Haa, kita lagi la, pernah pakai kebaya sekali je selama 24 tahun ni, waktu kecik-kecik dulu time tadika kot. Haa,glamor kan waktu 5 6 tahun pakai kebaya. Haa, selepas Google rupanya Zalora ada je jual baju kebaya. Macam tak percaya -.-
Lepas tu korang pernah tak terfikir kenapa banyak blogshop jual jubah mahal-mahal sampai RM150 keatas ye. Sedangkan jubah tu dikira 1 piece, bukan ada baju dan kain asing. Macam ni beli jubah kat Mydin je la. Hahaha. Baik lah itu saja persoalan di benak hati saya ini. Ada masa kita tulis lagi. Wassalam.
Photo courtesy : islamgreatreligion
2 Flowers:
Naz ! jom pakai kebaya tahun ni..! heheh
@Amalina
ala melin kena tunggu slim melim baru boleh.hihihi
Post a Comment