March 2012 | Miss Durian Runtuh

Mar 14, 2012

Peminat Jam

Assalamualaikum.Target tahun 2012 Satu Bulan Satu Entri.Cewah,macam slogan Satu Malaysia pulak kan,tapi tidak kesampaian hajat saya.Okey,untuk bulan Mac,saya nak cerita pasal jam.Bulan lepas cerita pasal tangan kidal kan.Okey,sapa kat sini tengah baca ni tak suka pakai jam?Angkat tangan.Hehehe.Rasanya ramai orang tak berapa suka pakai jam tak kira lelaki atau perempuan.Cuba korang cerita sikit kenapa tak suka pakai jam?

Aku daripada sekolah rendah,aku memang pakai jam,jam pertama aku yang nampak professional ialah jam jenama Alba,tali kulit/pvc dan muka kecik.Sesuai untuk budak perempuan kan.Abah yang belikan dekat pekan Tanjung Rambutan,seingat aku harga RM21,waktu tu bangga la dapat jam mahal,mahal okay RM21 waktu tahun 1999.Bila masuk sekolah menengah,mula terkinja-kinja nak pakai jam comel/kartun yang harga RM10-RM15 satu tu,sapa yang tak pernah beli memang takde zaman remaja.Jam tu paling pendek jangka hayat kena dengan harganya kan.

Kenapa saya suka pakai jam?
  • Boleh tengok masa.Itu kan memang tujuan utama kan,nak tengok masa.
  • Boleh bergaya.Jam adalah salah-satu aksesori fesyen,korang boleh kumpul jam,lepas tu match dengan baju/suasana.
  • Nampak educated & elegan.Ini adalah pandangan sendiri.Seperti orang perempuan kerja pejabat,pakai handbag dan kasut tumit adalah menampakkan korang seorang pekerja pejabat & professional.Begitu juga jam,boleh nampak yang seseorang itu educated,elegan,professional. (But,tengok jenis jam la,takkan pakai jam Doreamon itu professional kan).Bila pakai jam tali besi atau kulit,aku rasa terpelajar.Kekeke.
Pandangan saya kepada orang yang tak pakai jam?
  • Maybe dia tak selesa pakai jam,sebab mula-mula nak biasakan diri pakai jam adalah remeh.Maksudnya,mengganggu kerja ; menulis,menaip,berpeluh.
  • Orang lelaki tak pakai jam - kurang smart di situ.Kalau budak sekolah yang pakai jam tali besi tu pun aku dah tengok smart habis,inikan pulak kalau orang dewasa kan.Okay,ada nada-nada miang di situ.
Jenis jam yang saya suka :
Jam tali besi.Aku tak tau apa nama spesifik dia,tapi yang aku tau tali dia besi.Jam tali besi ini lah yang boleh menampakkan seseorang itu educated,professional,elegan,maskulin dan segala perkataan canggih itu.Target aku,nak beli jam tangan Casio warna Gold.Nampak vintage kan.Haritu tengok ada orang jual dalam Facebook RM140 original new.Okay jugak harga dia kan.Dapat yang harga RM50 pon jadi lahh.
Jam tali kulit.Walaupun bukan kulit original,just kulit ala-ala pvc sahaja,tapi aku suka sebab nampak mature.Muka macam aku,tak sesuai sangat pakai jam sporty-sporty ni.

Jam muka sederhana besar.Tangan aku besar,so,nampak tak sesuai pakai jam muka kecik.Nanti jam itu tenggelam.So,jam muka besar adalah pilihan hati.
Jam comel,pink,rantai,bling-bling.Jam jenis ini mungkin aku akan pikir 2 3 kali untuk beli sebabnya comel sangat,karang kalau rosak tak pasal-pasal kecewa.Tapi aku suke.Orang perempuan macam aku nih,suka sangat barang-barang comel,walaupun takde faedah,tapi nak juga bagi duit kat tokeh jam tu.Kekeke.
Sebelum mengakhiri rancangan,saya nak promote Blogshop Jam abang sulung saya.Beliau ada jual jam,peralatan baiki jam+buka jam+cuci jam,tali jam,beg jam,bekas simpan jam dan juga ada berkongsi cerita pasal jam.Dan beliau telah berjaya jual banyak barang-barang jam dengan jayanya.Alhamdulillah..Boleh terjah Blog Jammasa dan contact abg kita,nama Zul.Kebanyakan barang dia amik kat KL dan juga beli dari eBay (oversea).

Nasihat saya :
Pakai lah jam.Penting tau nak tengok masa.Misalan kata handphone korang kong/tertinggal,ada lah jam nak tengok masa kan.Jam boleh didik kita tepati waktu.Yeah,diri sendiri pon kadang-kadang tak tepati waktu,tapi kita cuba lah kan?

Mar 10, 2012

Cara Untuk Unfollowing Blog

Assalamualaikum.Hamboi,awat nak unfollow orang pulak nih?Sebenarnya,kalau kita ada masa kan,kita suka baca blog orang lain dekat dashboard.Senang sikit kan.Tapi tapi kan,kita tengok banyak blog kat list blog di dashboard tu kebanyakanya tidak berupdate,latest update 1years ago,11 month ago,10 month ago,9 month ago.So adakah patut kita simpan lagi blog-blog berkenaan di dashboard? Bila kita buka blog-blog itu,ada yang sudah di remove dan ada juga yang masih hidup,tapi tidak berupdate.So,langkah penyelesaian adalah unfollowing supaya boleh follow blog baru pulak.

Bagi blog yang sudah diremove itu,tidak dapat la di unfollow melainkan hide saja dari dashboard.Tapi bagi blog yang masih hidup dan telah lama gila tak berupdate,kita akan unfollow saja.^__^ Suka pulak kan.So,kita akan ajar cara nak unfollow.Ada 3 jenis cara untuk unfollow bergantung kepada template blog itu.

Langkah pertama : Blog yang ada GFC (Google Friends Connect) Widget.
Apa GFC?Ala,kotak follower itu la GFC.Ikut step dalam gambar di bawah okay.








Faham?Heheh.Saya guna gambar je la.Senang sikit nak terang.

Langkah kedua : Navbar
Siapa yang letak navbar dalam blog dia?Saya letak,tapi sekarang dah tak nampak sebab ada top header itu =.=". Okey,kalau unfollow dari navbar paling senang.Selalu blog yang lama-lama ada letak,dan memang kebanyakan blog yang kita unfollow (sebab setahun dua tak berupdate) memang ada lagi navbar dalam blog dia.Senang sikit kan kerja.Ikut step dalam gambar di bawah.


Okey,siap kerja.Kalau blog yang ada Google Friend Connect dan navbar,better use navbar saja untuk unfollow.

Langkah ketiga : Button Follow [selalunya blog yang baru-baru tahun 2010/2011]
Button follow dan dashboard itu tak silap la,orang start pakai tahun 2010.Kiranya jimat tempat la,tak payah letak kotak follower,lepas tu orang tak suka letak navbar sebab tak lawa.Takpe-takpe,kita boleh jugak unfollow blog sebegitu.Ikut step dalam gambar di bawah.


Okey,siap.Kan senang kan.^___^

Okey,gambar ini semua daripada blog kita sendiri kecuali yang button follow & dashboard itu daripada blog orang lain.Tapi kita tak unfollow dia pon,just contoh sahaja.Kategori blog yang kita unfollow:
  1. Blog yang tak berupdate dalam tempoh 2 bulan hingga bertahun lamanya.Cewah,padahal blog sendiri pon update sebulan sekali.
  2. Blogshop.Dulu kemain suka follow blogshop,sekarang unfollow mana yang tak best.Tinggal yang best-best saja.
Kita tak saja-saja unfollow blog orang tau,mana yang kita check tak berupdate sampai setahun dua tahun tu memang kita unfollow (kalau masih hidup blog itu).Kalau blog itu dah diremove,terpaksa la hide saja dari dashboard. So,boleh la follow blog yang baru pulak. ^___^ Sapa tak nak orang unfollow blog dia,jangan la letak follow button,kotak follower & navbar tau.Heheheheheh.Kalau korang faham,saya tengah berkias nih.

Oh,actually,kalau blog orang itu tak letak follow button & kotak follower,dan korang nak follow blog dia,korang boleh jugak follow ikut navbar (kalau dia letak la).