Miss Durian Runtuh

Dec 22, 2010

Vacations to Pengkalan Hulu

Salam. Semalam aku ikut Abah & makcik aku pergi jalan-jalan. Nak pergi Pengkalan Hulu, di Hulu Perak. HA HA. Serius, satu Perak kot aku dah jejak kaki. Cadang nak pergi sana sebab Pengkalan Hulu tu sempadan dengan Betong, Thailand. Baru aku tahu bahawa Perak ada sempadan jugak dengan Siam. Ingatkan Kedah & Kelantan je sempadan dengan Siam. Aku pon teruja la kan, masuk tempat imegrasen tu, konon nak masuk Betong, padahal mana lah boleh, pas lawatan pon takde.

Betong (Thai: เน€เธšเธ•เธ‡) is a town (thesaban mueang) in southern Thailand, near the boundary to Malaysia. It is the capital of Betong district, the southernmost district of Yala Province. As of 2005, the town has a population of 24,688.
Betong is the southernmost town of Thailand. [1] Across the Malaysia-Thailand border by the Keroh pass is the state of Perak. Betong is popular with tourists from nearby Malaysia[2] . Sumber: Wikipedia.
HA HA. Ingatkan Pengkalan Hulu tu ada la jual2 cam Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor ke, rupanya, takde ape. Tapi serius aku belajar benda baru :face51:pasal peta Perak. Waktu kami nak pergi, kena lalu Chemor, Sg Siput, Kuala Kangsar dulu. Kemudian masuk Gerik. Dah lepas Gerik, masuk jalan ke Baling, Kedah, then tembus ke Pengkalan Hulu, Perak. Haha, nak pergi Perak, tapi tembus Kedah dulu. Ni la istimewa nya Malaysia. Masuk sini, keluar sana.
   Rupanya, kalau nak pergi Pengkalan Hulu, boleh lalu Baling sebab sempadan dengan Baling, Kedah. Tapi jalan jauh la. Dan kalau tak mahu ikut Baling, boleh ikut jalan lama ke Pengkalan Hulu, tapi jalan macam jalan Cameron Highland-Simpang Pulai la. Ehh, kesian kan bus kemalangan kat jalan Cameron Highlands tu. Aku yg selalu pergi pon takut sebab jalan die memang macam ular.


Abah aku di dalam kereta. Pakai baju kemeja lengan panjang woo, macam ahlil Politik lak aku tengok.:face64:

Pekan Baling, Kedah Darul Aman. Serius cantik sebab berlatarbelakang kan gunung-ganang, rase nyaman je kalau dok kat Pekan ni.:face74:

Ni kat R&R Gunung Irai, Pengkalan Hulu, cantik sebab kat atas bukit, nama pon Gunung Irai.. Waktu ni berenti nak pegi toilet, toilet punye la grrr:face3:, tak reti jage. Lepas je R&R tu, tak sampai 5 minit, kami dah sampai Pekan Pengkalan Hulu. Geram aku, patut la R&R kami berenti tu tak berjaga, rupanya takde orang nak singgah.:face66:.
   Hasil kami pergi imegrasen sempadan Siam tu, kami beli coklat kat tempat bebas cukai, ada SALE woo & beli buah-buahan Siam. Balik dari Pengkalan Hulu pulak, singgah Tasik Raban, tengok org main kayak. Kalau korang sukakan kedamaian, leh buat family trip atau college trip kat Tasik Raban, sebab ada aktiviti kayak, aktiviti air, aktiviti macam PLKN dan lain-lain.
signature

Dec 21, 2010

Cara Buat Double Underline

Salam. Harini nak buat tutorial double underline. Kiranya, bila nak buat underline, ada 2 line la bawah perkataan tu. Cara mudah dan senang.

1. Pergi Design --> edit HTML --> Ctrl+F untuk cari /* Header atau /* headings
2. Bila dah jumpa kod tadi, copy & paste kod
u {

text-decoration:underline; border-bottom: 2px double #0099FF;}
DI ATAS kod yg korang cari tadi tu, yg /* Header atau /* headings tu.
3. Kalau korang nak ubah warna line tu, just ubah nombor-nombor warna merah tu dengan kod warna yang korang suka. Boleh refer sini untuk pilih warna. Hexadecimel Code Color
4. Save.
5. Bagi yg menggunakan OLD EDITOR, nak buat underline, just tambah kod <u>Ayat Korang</u> di bahagian Edit HTML bila nak buat entri baru.
6. Pengguna UPDATED EDITOR, boleh terus click je underline kat dashboard tu bile nak buat entri baru.

Sumber : Lidda, pergi terjah blog comel beliau, baru 13 tahun hokey.
signature

Cara Buat Background Gambar Transparent dengan Photoshop

Salam. Harini nak ajar buat background gambar transparent, bukan sahaja nak buat header, tapi boleh dipraktikkan kalau nak buat kerja sekolah yang memerlukan korang buat gambar transparent. Hei, kawan aku Fatin tnye aku di saat beliau tengah kalut buat final year project dia cam mana nak buat gambar transparent. Okey, sebenarnya kalau nak buat gambar transparent, perlu save sebagai PNG sahaja. Tapi jangan la satu gambar original save sebagai PNG tu memg penuh dengan bground, memg tak nampak la transparent dia.
1. Buka Adobe Photoshop. Aku guna Photoshop CS3 sahaja. Photoshop lain pon sama aje. Buka File --> New.

2. Then, keluar satu window macam gambar di bawah. Di bahagian Background Contents pilih Transparent. Kalau korang pilih lain, memang tak jadi 100%.


3 Kemudian, keluar la window yg menunjukkan petak-petak putih kelabu macam gambar di bawah yg belakang pelangi tu. Then, korang Open file mana-mana gambar korang nak kan untuk di jadi transparent. Aku Open file gambar pelangi. Then, click pada Lasso Tools dan right-click untuk pilih Magnetic Lasso Tools. Aku pilih Magnetic Lasso Tools untuk potong bahagian yg kita nak sahaja. Tapi better guna mouse, kalao pakai touchpad, memang parkinson korang nak buat. Bila dah guna Lasso Tools tu, korang ikut je garisan yang korang nak potong keliling gambar tu. Pastikan titik mula dan akhir adalah sama, untuk pastikan, korang akan nampak benda bulat bila korang dah jumpa pemula & pengakhir dia.


4. Bila dan jumpa pemula & pengakhir garisan potong tu, akan terbit satu garisan putus-putus keliling bahagian korang nak potong tadi.


5. Kemudian, korang cut & paste bahagian yg korang potong tadi kat background yg kita buat transparent tadi. Korang ejas-ejas sampai puas hati, taruh tulisan apa semua sampai lawa.


6. Tada, dah siap. Aku paste pelangi tadi di background transparent kita buat di step 2 tadi. Hah, kan dah siap gambar transparent. Sudah 90% tau.
 (i)Cara pertama untuk save adalah bukak File --> Pilih Save as Web and Devices.


(ii) Tekan Save. Pastikan PNG format okey.


(iii) Cara kedua untuk save adalah dengan bukak File --> Save as --> Pilih PNG format. Dah siap 100% !.


7. Ni keadaan bila dah upload sebagai header blog. Kan background die transparent. Kalau header korang format JPEG , memg background dia putih.


8. Ni keadaan bila dah jadi header blog. Tengok, kan transparent tu. Macam lawa je mate tengok kan. Yang penting, kena pastikan background mula-mula adalah transparent & bila nak save, save sebagai PNG format.

signature