Rombongan Sekolah | Miss Durian Runtuh

Apr 8, 2019

Rombongan Sekolah

Assalamualaikum semua! 4 April 2019 lepas Nazirah ikut rombongan sekolah pegi Kuala Lumpur. Yeay, walaupun pegi Keyel je, tapi tetap susah nak tido malam sebab excited kan. Hahaha, muka ni memang dah jadi ahli tetap ikut rombongan, tapi bukan semua rombongan Nazirah join. Dengan cikgu-cikgu yang rapat je. Cikgu lain segan laa. Pagi tu pergi Aquaria KLCC dulu. Firstime weh nak jejak ke situ, dari pintu masuk KLCC tu punya jauh nak menapak pergi Aquaria nih. Masuk RM16 sebab pakej sekolah.

Okaylah, tengok ikan-ikan, bagi aku biasa je, awat mahai sangat tiket masuk weh(RM49 dewasa). Bukan jiwa aku kot tengok ikan-ikan nih.
Fridge magnet paling mahal pernah dibeli, RM19.90 seketol. Beli dekat bawah tempat terowong ikan tu, sekali naik atas, tempat pintu masuk mula-mula tu ada jual lagi banyak fridge magnet murah-murah. Fuhhh, berfikiran positif je time tu.
Sebelum masuk Aquaria, dalam KLCC tu pusing-pusing, Kak Midah singgah Garrett Popcorn ni sebab teringin nak makan popcorn sedap. Katanya dia makan dulu waktu anak sulung dia kecik lagi.Okay lahh, kami pon try sample. Sedap uolss. Ktorang beli perisa caramel macadamia, sedapp, beg kecik tu RM25, kalau yang beg besar RM49 kot. Popcorn paling mahal pernah dibeli.Sekali-sekala nak merasa kan.
Petang, baru lah pergi PWTC, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Ini tujuan utama sebenarnya ikut rombongan sekolah. Nazirah bawak beg sandang belakang konon nak kandar buku. Sekali dengan beg telekung, dengan novels bagai, tak terkendong beg tu. So, nextime kena bawak beg tarik beroda. Hahahahaha sabo je la, nasib baik dah siap makan, solat semua. 5 buku aku, 5 buku anak buah-buahan.  Cari novel Fazlyn Ridz a.k.a Adnil Zaff ja, sebab minat baca novel dia. Tambah 3 buah ni, koleksi Adnil Zaff/Fazlyn Ridz yang aku ada jadi 6 buah la. Jadi lah buat-buat kenangan. Nak pergi sendiri, idak kot.heheh.

Okaylah korang, semoga bertemu kembali di lain masa. 

p/s: Nazirah tak boleh la tinggal lama-lama kat KL, balik hari boleh la, sebab kita tak biasa masuk toilet pancut-pancut nih, kita biasa pakai toilet ada hose jew. Heheh 😂😂😂