2019 | Miss Durian Runtuh

Dec 30, 2019

Azam 2020

Assalamualaikum semua pembaca blog Miss Durian Runtuh (walaupun pembaca tu aku sorang je) heheh. Harini 30/12/2019 , esok sudah di akhir tahun 2019. Lepastu masuk la tahun 2020. 20 tahun. Tahun 2000 aku umur 11 tahun, dan di tahun 2020 aku akan berumur 31 tahun. Dulu-dulu tak pernah bayang pun kereta terbang ke, dunia macam masa depan Doraemon ke, tapi waktu sekolah dulu, aku membayangkan, macam mana kehidupan aku di umur 31 TAHUN (2020)..
Dah kahwin ke aku, dah ada kereta sendiri ke, SPM aku elok ke, aku kerja apa, macam mana rupa aku waktu umur 31 tahun tu. Rasa dah tua sangat, sebab umur pangkal 3. Alhamdulillah, Allah SWT panjangkan usia ku sehingga hari ini, inshallah panjang umur, boleh la masuk tahun 2020 nanti.
Rasa macam takda pencapaian, cuma banyak kegagalan dalam hidup je. Aku tak habis degree, masih belum berkahwin (disebabkan menagih harapan dengan yg satu) dan banyak kurang dari yang baik.
Ya, manusia kena lah sedar diri dan berbaik sangka dengan Allah. Kalau kita tak dapat sesuatu, bukan salah Tuhan, tapi tengok balik apa silap kita. Semoga di tahun 2020, aku berubah ke arah lebih baik. Sampai bila nak hidup macam ni kan.
Sekian, wassalam.

Apr 8, 2019

Rombongan Sekolah

Assalamualaikum semua! 4 April 2019 lepas Nazirah ikut rombongan sekolah pegi Kuala Lumpur. Yeay, walaupun pegi Keyel je, tapi tetap susah nak tido malam sebab excited kan. Hahaha, muka ni memang dah jadi ahli tetap ikut rombongan, tapi bukan semua rombongan Nazirah join. Dengan cikgu-cikgu yang rapat je. Cikgu lain segan laa. Pagi tu pergi Aquaria KLCC dulu. Firstime weh nak jejak ke situ, dari pintu masuk KLCC tu punya jauh nak menapak pergi Aquaria nih. Masuk RM16 sebab pakej sekolah.

Okaylah, tengok ikan-ikan, bagi aku biasa je, awat mahai sangat tiket masuk weh(RM49 dewasa). Bukan jiwa aku kot tengok ikan-ikan nih.
Fridge magnet paling mahal pernah dibeli, RM19.90 seketol. Beli dekat bawah tempat terowong ikan tu, sekali naik atas, tempat pintu masuk mula-mula tu ada jual lagi banyak fridge magnet murah-murah. Fuhhh, berfikiran positif je time tu.
Sebelum masuk Aquaria, dalam KLCC tu pusing-pusing, Kak Midah singgah Garrett Popcorn ni sebab teringin nak makan popcorn sedap. Katanya dia makan dulu waktu anak sulung dia kecik lagi.Okay lahh, kami pon try sample. Sedap uolss. Ktorang beli perisa caramel macadamia, sedapp, beg kecik tu RM25, kalau yang beg besar RM49 kot. Popcorn paling mahal pernah dibeli.Sekali-sekala nak merasa kan.
Petang, baru lah pergi PWTC, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Ini tujuan utama sebenarnya ikut rombongan sekolah. Nazirah bawak beg sandang belakang konon nak kandar buku. Sekali dengan beg telekung, dengan novels bagai, tak terkendong beg tu. So, nextime kena bawak beg tarik beroda. Hahahahaha sabo je la, nasib baik dah siap makan, solat semua. 5 buku aku, 5 buku anak buah-buahan.  Cari novel Fazlyn Ridz a.k.a Adnil Zaff ja, sebab minat baca novel dia. Tambah 3 buah ni, koleksi Adnil Zaff/Fazlyn Ridz yang aku ada jadi 6 buah la. Jadi lah buat-buat kenangan. Nak pergi sendiri, idak kot.heheh.

Okaylah korang, semoga bertemu kembali di lain masa. 

p/s: Nazirah tak boleh la tinggal lama-lama kat KL, balik hari boleh la, sebab kita tak biasa masuk toilet pancut-pancut nih, kita biasa pakai toilet ada hose jew. Heheh 😂😂😂

Mar 29, 2019

Sempurnakah Diriku?


Jawapannya, tidak. Tapi bila difikir, banyak je rezeki/kelebihan Tuhan bagi pada kita, kalau kita 'melihat' dengan hati. Sebenarnya, hidup kita 'perfect',mungkin bukan di mata kita, tapi di mata orang lain. Cuma kena pandai bersyukur lah. Salam jumaat semua!💖💞

Mar 25, 2019

10 Tahun Berlalu...

Assalamualaikum semua di tahun 2019. Lama gilahh tak tulis blog. Takda cerita la. Cerita frust je yang banyak, tak kan nak luah dalam ni ya kan ya kan ya kan. Silakan tengok Daisypath di atas, Naz dan Abg Blog udah 9 tahun 11 bulan kome.Omai, dah nak dekat 10 tahun usia blog ini ye. Saja update sekarang, sebab tau, bila cukup 10 tahun tu nanti, Nazirah lupa pun nak jenguk blog ni. Hehehe.
Tadi saja baca balik entry lama, menggamit kenangan. Kadang rasa menyesal delete entry pasal kawan-kawan di UMT (ofcoz tak boleh retrieve balik) sebab waktu tu tengah frust dan kecewa. Why la mendelete kenangan zaman remajamu itu. But, i still got my bff dalam whatsapp grup, tapi memori waktu menaip entry tu yang tak mungkin dapat balik. Dan semestinya rasa happy dan berbaloi sebab aku buat blog ini. Walaupun hanya untuk bacaan sendiri.
Kita tak boleh putar masa, tapi Allah bagi kita ingatan untuk kenang balik semua memori lepas. Hargailah sementara masih ada kenangan itu. Well, semoga Nazirah tak frust sesaja di tahun 2019, lebih-lebih lagi frust dengan lelaki. kahkah. Cukup-cukup la tu kan. Oh, saya di umur 30 tahun 2019 ini. Semoga hidup anda-anda lebih baik. InsyaALLAH, Aamiin.