Pemurah | Miss Durian Runtuh

Aug 21, 2018

Pemurah

Assalamualaikum semua. Masa tengah menaip ni, masih di pejabat, kerja,dan esok 22 Ogos 2018 Hari Raya Haji. Woi balik kampung la, nanti jem. Heheh. Apa nak buat, kerja, Nazirah cuti selepas raya okay. Berbalik pada tajuk di atas, PEMURAH. Sejak kerja di Hutan Melintang, ramai sangat orang pemurah. Pemurah dengan apa? Pemurah dengan makanan. Aku rasa sepanjang duduk di sini, perut ni dah penuh di isi dengan sedekah orang. Cikgu belanja hari jumaat, cikgu buat potluck, cikgu tu nak pergi buat umrah / haji, belanja makan. Cikgu situ bersara, belanja makan. Belum kira my cc (ketua kerani) yang tak pernah berkira belanja kami makan, kawan pejabat yang baik hati tak berkira duit. Mudah kan orang hulur duit belanja orang lain makan. Kadang jadi segan sebab macam dah terbiasa. Tapi kenapa diri sendiri berat sangat tangan nak belanja orang lain makan. Ada kawan pernah tulis, kita belanja family, kawan-kawan makan (atau selain makan) sebab ikatan hubungan lebih penting dari duit. Orang tengok kita macam banyak duit, tapi sebenarnya kita bukan kaya mana.
So, nazirah mahu jadikan amalan ini satu benda yang ringan untuk dibuat. Ada duit, apa salahnya. Dengan keluarga, kawan-kawan. Kadang rasa teruk sangat diri, takda pun bawak abah jalan-jalan, takda pun bawak anak buah jalan-jalan, takda pun belanja makan. Padahal dah bertahun kerja. Sebab tu duit rasa tak pernah cukup kot.
Ikhlas susah dicari, duit bila-bila boleh dicari, inshaALLAH ada rezekinya. Cuba lah. Jangan dikira duit, sebab sampai bila-bila takkan cukup. Semoga bukan makan sahaja, tapi segala hal kita tak berkira.

💙💚SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1439H💛💜

0 Flowers: