Assalamualaikum semua orang.Sihat ke?Sapa sini tangan kidal,angkat tangan kiri sekarang.Heheh.Aku seorang yang kidal atau left-handed person atau lefty.Kalau orang tangan kidal,mesti orang pelik
,mesti dalam fikiran korang banyak persoalan
dan pertanyaan
kan. Contohnya "
eh,kau kidal eh","
eh,kamu ni kidal ke?","
makan guna tangan apa?" dan macam-macam lagi.Tak kira tua muda mesti akan tertanya jugak soalan-soalan ni jikalau ternampak sapa-sapa tangan kidal.Aku pon pernah jugak kena tanya dan kadang-kadang aku sendiri pon tanya kat orang kidal lain soalan tu.Kiranya memang minded orang-orang ni kalau kidal adalah sesuatu yang "
pelik"
atau lain dari yang lain kan.
Tapi,tapi kan kan,walaupun aku kidal,aku makan guna tangan kanan okeyh sebabnya mak abah aku ajar dari kecik makan pakai tangan kanan.
Kegunaan tangan kidal/kiri aku:
Menulis,aktiviti dalam jamban,sangkut beg kat bahu kiri,pegang cawan/gelas untuk minum,pegang gitar,penyapu,garfu dan lain-lain barang keperluan/aktiviti.
Kegunaan tangan kanan aku:
Makan,pegang sudu untuk makan,pegang mouse & seterika.
Kerjasama kiri & kanan:
SMS,kerja-kerja untuk menjalani hidup.
Kidal ni paling ketara orang tengok bab makan,basuh uk-uk dan menulis
.Tapi macam kawan aku cakap,orang kidal ni kena la bahagikan tangan kanan dan kiri.Kalau kau makan guna tangan kiri,basuh uk-uk guna tangan kanan.Kalau kau makan guna tangan kanan takpe,takde hal.Dulu waktu kecik aku suka makan dengan sudu guna tangan kiri.Tapi bila dah semakin besar,rasa malu sangat-sangat guna sudu tangan kiri bila makan kat kedai.So,aku belajar la pegang sudu tangan kanan,garfu tangan kiri.Hasilnya berjaya!
Problem tangan kidal :
Bila masa nak menulis,nanti tangan hitam kena habuk pensil/pen sebab kita kan menulis dari kiri ke kanan.
Dalam bilik kuliah,ada kerusi sekali meja kecik untuk menulis tu sebelah kanan.Lengoh tau tangan aku!
Bila ramai-ramai menulis satu meja,aku jadi susah sebab kawan sebelah menulis tangan kanan -,-
Highlighter,kalau nak guna,kena highlight dari kanan ke kiri,pelik x.
Kena pakai jam tangan kanan sebabnya kalau nak menulis,tangan tertindih jam,sakit >.<
Info Tangan Kidal :
Hari Kidal Sedunia pada 13 Ogos. (serius baru tahu!)
Ramai lelaki kidal berbanding perempuan
Orang kidal mempunyai purata hayat 9 tahun lebih lama dari orang biasa (kalau panjang umur).Tapi aku ada baca yang orang tangan kidal pendek umur 9 tahun.Tak tau yang mana betul.
Hampir 5% orang kidal yang maut seluruh dunia disebabkan menggunakan peralatan yang dicipta untuk mereka yang tangan kanan contoh macam mesin kat kilang
Sekitar 15-20% penduduk dunia adalah kidal
Orang kidal menggunakan otak sebelah kanan yang cenderung kepada seni dan kreativiti. (Tapi aku xkreatif pon)
More Info
Dan disebabkan kebanyakan barang pon untuk orang tangan kanan,kami-kami yang tangan kiri ni kena jugak la biasakan pakai tangan kanan,macam
iron & mouse,pernah korang jumpa mouse untuk org kidal?
Tapi seronok jugak kidal,sebab
2 2 tangan pon boleh buat kerja serentak lain dari yang lain
.Untuk mengakhiri entri ini,saya letakkan satu komik rage.
Sumber : Tumblr,
BilliyInfo,
LyssaSecret
Entri di taip 4 bulan yang lepas.So,bukan fresh,ni entri basi.