June 2021 | Miss Durian Runtuh

Jun 15, 2021

I still love myself

Dekat tapi jauh.
Masih dan perlu sendiri.

Assalamualaikum semua. Sekarang rasa tak cantik tapi masih confident. Eh,ada ke perasaan rasa tak cantik tapi confident? Ye,aku rasa tak cantik sebab kulit tak flawless, rambut banyak gugur dan semalam bibir kering (macam-macam hal lah). Dah cari minyak rambut tapi maybe sebab over use,makin banyak pulak gugur. Jadi,minggu ni taknak shampoo dan taknak pakai minyak rambut (tapi masih basuh rambut). Biar rambut ku rehat. Walaupun rasa tak cantik,tetap confident. Tidaklah daku sampai tak keluar rumah,masih lagi makeup bila pergi kerja. Masih lagi berdandan. Cumanya masih mencari skincare dan rawatan rambut yang sesuai. Adoi payah la jadi perempuan single. Kalau dah kawin, kalau kurang lawa pun ada orang tengok hari-hari. Hehe. Baiklah,bye.

Jun 10, 2021

Wanita dan Jodohnya

Assalamualaikum semuanya.Sekarang ni isu hangat pasal Dr. Muhaya. Nak tulis dalam facebook atau twitter,ramai orang,dan aku tak suka nak share pendapat bertulis dalam platform yang ramai pemikir.Sekadar nak share di blog je.

Hasil pembacaan aku 2 hari ni,kesimpulannya,kalau wanita itu terlebih pandai,wanita itu akan jumpa 3 jenis ini;
1.Lelaki menghargai dirimu.
2.Lelaki jadi insecure (rasa tak selamat,tercabar).
3.Lelaki jadi biawak hidup senang lenang tumpang kesenangan perempuan (sebelum kawin pun ada je yang suka ambil kesempatan).
Terlebih pandai tu pecah pulak kepada tahap pendidikan,sikap & kemampuan berdikari.

Faham apa yang Dr. Muhaya cakapkan tu.Tapi netizen pun faham dari pelbagai pemahaman,mengikut point aku di atas.Semua pendapat adalah betul.Tiada yang salah. Isu ni jadi panas sebab ayat buat bodo-bodo sikit tu. Bagi aku,kita orang perempuan kena pandai menilik keadaan. Bila masa nak pandai dan bila masa nak acah-acah tak pandai.Hihik.

Pasal lambat kawin tu,bila  perempuan dah lama single dan boleh buat semua benda,memang dia rasa tak perlukan lelaki dalam hidup dia.Tapi percaya lah,setiap perempuan nak dimanja,diberi perhatian dan disayangi,hanya lelaki berani saja yang akan menarik perhatian,dan hanya lelaki yang sesuai akan bertahan dengan seseorang perempuan itu..Jadi,jangan segan nak berkenalan.Mohon jangan ambil kesempatan atas kesenangan perempuan tu pulak ya.

Pasal hormon pulak,taktau nak komen sebab aku rasa dulu pun aku kurang hormon estrogen.Boleh nampak difizikal dan period.Sekarang dah okay kot lepas berat badan dah turun.Hehe.Dan hormon ini membuatkan aku lebih happy maybe?Kalau tak moody aje. So,betul la kot boleh tarik jodoh cepat.

Pendapat orang dah kawin?Katanya biar la "bodo-bodo sikit","lemah sikit","manja-manja sikit",pendapat anda lari tajuk sebab Dr. Muhaya ni sembang pasal perempuan bujang.

Apa-apa pun,jodoh adalah takdir,ketentuan dari Allah.Rahsia Allah.Ada yang kawin muda,kawin di usia senja,ada yang kawin berkali-kali,ada yang kawin seminggu kemudian pasangan meninggal dunia dan lain-lain.Perkahwinan adalah perjudian.Kita taktahu apa kita akan dapat dan hadap. Cumanya jangan takut nak kawin dan menidakkan takdir (itu pesanan abah pada nazirah).

Semoga berjumpa lagi.