August 2021 | Miss Durian Runtuh

Aug 24, 2021

Hari Hujan

Assalamualaikum. Harini hujan lebat wei.Lepastu balik kerja tadi tak tapau.Padahal kat rumah, ikan ayam apa semua takda. Ada telur je. Jadi harini goreng telur dadar dan sambal terung petai. Perghh,mantul.Cili tu memang kisar kasar je,tak blend sampai halus. Bismillah.

Aug 21, 2021

Masak dan Makan

Assalamualaikum. Saja nak share lunch box. Lunch box la sangat oii. Nasi putih,telur dadar,sambal sotong dengan petai,kailan ikan masin dan buah jambu batu. Sedap jugak aku masak weh.hahaha cumanya sambal sotong tu warna dia tak cantik merah. Taktau la kenapa cili blender jadi warna kusam je,tak merah menyala. Janji sedap lah,hihi.
Pasal kailan ikan masin tu,ada kisah disebaliknya. Pegi kedai,aku tak tau nak beli ikan masin apa utk masak dengan kailan. Sekali ada makcik tu tengah pilih ikan masin. Aku pon tanya,makcik ni ikan masin apa? Makcik tu jawab,ikan gelama. Pastu aku tanya lagi,kalau nak masak dengan kailan kena ikan masin jenis apa?Makcik tu jawab,ikan tenggiri,dia dalam paket,pegi cari kat luar kedai tu. Ahahahah so jangan malu tanya sebab dah memang ko tak reti masak.Jadi lepasni pandai la sikit kan. Hihi. Okay lah,bye.

Aug 19, 2021

Setelah Kepergianmu

Just want to share some words i read yesterday

Aug 12, 2021

4 Tanda Jodoh

1.Memiliki sifat yang sama.
Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga). (Surah An-Nur ayat 26)

2.Merasa tenteram.
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir. (Surah Ar-Rum ayat 21)
 ۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚ
3.Diterima keluarga. 
(Allah) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan dari jenis hewan ternak pasangan-pasangan (juga). Dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Melihat. (Surah Asy-Syura ayat 11)

4.Memahami kita.
Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan ayat 74)

Sebenarnya ada orang bagi video tiktok pasal 4 jodoh ni.Tapi nak share video tu tak boleh pulak pakai handphone.Hihi. so,boleh tengok kat instagram ni https://www.instagram.com/reel/CRbODyQpnjj/?utm_medium=copy_link

Aug 9, 2021

Kecewa

Sejujurnya,ketika ini,aku tiada perasaan.
Hatiku kosong.Kosong.
Tiada rindu.
Tiada suka.
Tiada gembira.

Aug 4, 2021

Kisah 4 Ogos

Assalamualaikum semua.Jom makan. Harini goreng ikan,terung berlado,timun cicah tempoyak. Tengok nasi ku,teknik masak dalam mug je sebab makan sorang. Nak elakkan nasi jadi kerak.Hehe. Harini rasa kelam kabut. Pagi-pagi dah pi Hospital Teluk Intan,ada temujanji Klinik Orthopedik. Tapi musim pkp tak berkesudahan ni,tunda la temujanji nya. Balik gitu je la. Apa-apa pun,semua ok-ok je. Alhamdulillah. Ok bye. Hihi