January 2014 | Miss Durian Runtuh

Jan 5, 2014

Comel Kawaii






Apa ke comel sesangat pelamin Hello Kitty nih. Grrrrrr. Pink-pink belaka. Yang penting kedai dia kat Ipoh. Tak sangka kat Ipoh ada bridal shop yang kreatf macam nih. Grrrr. Pelamin tunang, sanding, semua lah.
click >> ERLINA TOUCH

Jan 1, 2014

2013 - Penuh Emosi

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru. Macam biasa aku update bila tahun baru,raya ke apa ke. 2013. Apa jadi dalam hidup saya? Kalau orang lain, dah kerja, dah beli kereta, dah bertunang, dah berkahwin, dan dah dapat anak pon ramai. Itu rezeki masing-masing. Tak usaha tak dapat la kan. Berbalik soal aku tadi, apa jadi dalam hidup aku? Rahsiaaa hahahaha. Kawan-kawan rapat tau la. 

Mula-mula 2013 ni best sebab 2 kali pergi holiday ke Sabah. Semua atas tujuan abang yang kawin dengan orang Sabah. Satu family pergi, betapa bahagia jiwa sebab semua pergi. Ya Allah, lepastu rasa nak nak lagi holiday sesama!

Lepastu start journey aku yang baru. Kerja. Kat mana? Hahaha. Gelak dalam hati. Aku ni kuat rahsia. Di sini cari pengalaman, lari dari kesedihan, cari kawan baru, mula hidup baru & kalau boleh lupa apa yang jadi. Alhamdulillah, selama aku hidup, walaupun kawan aku setakat 3 4 orang di satu-satu tempat, semua baik-baik. Gembira, kerja penat-lelah, enjoy.


Nazirah ni dari dulu jenis kalau berkawan memang bukan beribu. Kat mana-mana aku dicampak,kawan aku itu je la. Kalau 4 orang, 4 orang tu je lah yang aku berkepit. Macam kat sini, muka-muka ni je lah yang rajin enjoy, tangkap gambar, kuat kerja, jalan-jalan, makan-makan.
Kak Miza & Hema, terima kasih sebab ceriakan hidup kite berapa bulan kita kenal ❤❤❤


So what happen to me in 2014? Haah hanya Allah SWT saja yang tahu. Awal-awal tahun, suasana baru,tempat baru, in sha Allah cara hidup baru & kawan baru.