Assalamualaikum semua. Semoga sihat-sihat je diri ini, keluarga dan kawan-kawan. Dah masuk 2024 ye, semoga baik-baik je. Semoga Allah merahmati keluarga kecilku,suami dan anakku sentiasa ada di sisi. Semoga aku semakin sabar, kurangkan bercakap yang tidak baik, sentiasa positif dan bersangka baik dengan kehidupan. Susah ye nak buat baik dan dapat pahala, banyak betul cabaran. Baiklah, sekian.
Mar 29, 2024
Aug 28, 2023
Kisah 2023
Assalamualaikum semua terutama kakak yang rajin baca blog Lah. Tahun 2023 kita update lagi blog untuk menunjukkan Miss Durian Runtuh masih wujud di tahun 2023. Semoga panjang umur hendaknya. Tahun ni ahli keluarga bertambah, Alhamdulillah. Masih belajar, dan terus belajar. Terima kasih Ya Allah beri aku peluang untuk merasa berkeluarga. Bila berkeluarga, takda la kata hidup kita makin bagus dari orang lain, atau makin bahagia atau makin senang mahupun makin susah. Tak, biasa je macam sebelum ni, hidup masih sama, tapi setiap hari kita ada sebab untuk terus bersemangat dan menghargai orang sekeliling kita. Okay lah, jumpa tahun depan, inshaALLAH sekiranya masih bernafas untuk menaip.
Jul 28, 2022
New Life
Assalamualaikum. Harap semua yang masuk blog ni sihat. Terutama pada pembaca setia, kakak ku. Heheh. Last post bulan Ogos 2021. Dah setahun berlalu. Banyak sangat perubahan terjadi pada aku. Semoga aku ni kuat je nak tempuh.
Semoga kita sayang diri kita lebih dari sayang oang lain. Itu lebih bahagia dan menenangkan jiwa raga. Dan semoga kami dimurahkan rezeki. 💓
Subscribe to:
Posts (Atom)