Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Feb 21, 2012

Wajah Kesayangan Hamba

Assalamualaikum & Selamat Petang.Sapa pernah baca blog Blog Begins At Forty?Kite baru tahu pasal blog ni lepas baca status Ayeem Ayam beberapa bulan lepas.Cewah,macam dah lama sangat je,emm,bulan lepas kot,or hujung tahun lepas.Lawak weh uncle nih,lawak sebab entri dia pendek-pendek ja,lepas tu tempek gambar dia yang muka innocent yang sama je semua gambar lepastu pakai baju hitam je.Kan ayat pon dah pening.Kite rasa blog ini satu-satunya di Malaysia buat style gini (kalau ada yang lain,kasitau),apa orang kata blog self-portrait yang selalunya orang luar negara yang buat.Uncle nih dah buat dari tahun 2009,tapi baru tau pasal kewujudannya.



Wajah Kesayangan Hamba (lagu Hail Amir ^.^)
Dari tengok blog awek comel & lawa,baik tengok muka uncle.Kang kalau asyik tengok gambar gadis cantik,mula rasa diri ini tak berapa cantik.Eh,sentap pulak tiba-tiba.Blog luar negara yang ada buat self-portrait dan popular antaranya Noah Kalina.Tau sebab pernah tengok youtube video koleksi gambar-gambar dia bertahun-tahun lamanya.

Gambar-gambar yang dalam entri ini,kite printscreen (bulan lepas) dari SINI.Korang kalau nak jimat masa tengok semua gambar sekaligus,korang leh view je blog uncle cara flipcard gini.Tengok muka uncle semua sama je =.=.Eh,kenapa kite ber"kite-kite" dalam entri ini.Korang jangan salah faham pulak tajuk entri ini okey..Okey bye!

Oct 27, 2011

Co.cc Domain

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekarang ramai blogger pakai domain co.cc ni sebab free dan mudah.Sign up dan boleh guna domain co.cc ni setahun.Aku teringin jugak nak pakai sebab teringin nak merasa ada domain sendiri.Konon nak letak la www.missdurianruntuh.co.cc sebab kalau nak pakai www.missdurianruntuh.com malas nak bayar sebab kita suka barang free.Banyak la sebab kau kan.Konon-konon kita nak la ubah url yang hodoh tu suzuran89 apekejadah kan.

Tapi bila nak sign up tu tibe-tibe terfikir,apa kata aku cari dulu kelemahan domain co.cc ini.Last-last jumpa blogger Indonesia ni yang bagitau Google sudah block domain co.cc ni dari search engine.Maksudnya,kalo orang google blog ko,tak keluar result.Tambah-tambah kalau blog korang popular or korang banyak buat tutorial,kalau orang search,tak keluar blog korang kat Google page.So,rugi la.Haritu kat Facebook,Blogger tulis status DIATAS. :) 1Share tu aku la.Okey,apa pandangan korang?Ninie Oh Ninie,habaq mai.Okey bye.Wassalam.

Photobucket



Oct 25, 2011

Blog Kena Remove,Apa Nak Buat?Redha Je La.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.Semalam blog picisan ini kena remove oleh Blogger.Semua tak boleh bukak,Gmail,Google+,Blogger sebabkan Google nak buat maintenance maybe?Tapi aku takde rasa pape pon,aku tengok,oh,kena remove ke.Takpe la,remove la.Heheh.Tapi bila Gmail pon xboleh bukak aku dah pening.Kenapa pulak dengan semua sekali dia block kan.Pastu memg dorang ada bagitau akaun aku dah disabled sebab dorang nak tingkat kan prestasi & keunggulan.Okey,aku pon email la Blogger kenapa akaun aku disabled sebab aku xlanggar undang-undang pon.Dan xsampai 24jam,aku dah dapat bukak balik akaun aku.Okey,kalau jadi kat korang macam tu jangan risau okey.Dorang sebenarnya nak cek akaun korang tu,nak cek blog korang kot-kot ada post yang tak patut.

Kalau jadi macam ni kat akaun korang,try la email BloggerHelp,dan tanya kenapa akaun korang tak boleh bukak & blog kena removed.Kurang-kurang nampak la korang aktive user & tak buat salah pape kan.Nah email BloggerHelp. Aku rasa tak siapa perasan kot blog aku kena remove sebab dah malam masa tu.Shaz je perasan.HAHA.

Oct 23, 2011

Kredit

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua. Hai,harini rasa sangat marah sebab rasa letih sangat.Letih la.Dengan runsing semua.Opps,nak tanya la kan,korang rasa kalau korang guna tutorial orang or freebies or gambar or quote orang bagi kan,korang mesti nak kreditkan kan.Kreditkan tu maksud korang ape?
  1. Adakah just letak nama "terime kasih miss durian runtuh" tanpa url?
  2. Adakah letak url sahaja tanpa linkkan seperti "suzuran89.blogspot.com" (org lain pon malas nak search)?
  3. Adakah LINK KAN url/atau nama owner blog tu macam ni Miss Durian Runtuh @ suzuran89.blogspot.com baru dikira sebagai kredit?
Just reminder kepada diri sendiri & orang lain yang guna hasil kerja orang.Jangan diri sendiri kata "Tolong CREDIT" tapi diri sendiri pon letak "nazirahmoktar.tumblr.com" pastu orang lain pon susah payah nak menggagau cari kat bahagian mana nak cari gambar/tutorial tu.Aku banyak gak perati orang buat macam tu.Sebab tu dulu pernah certain blogger blogspot dari malaysia ni kena serang dengan blogger tumblr dari luar negara sebab tidak KREDIT pada dorang atas doodle dorang,tpi kredit pada orang yang dok sebar doodle tu.Sighh. -,-

p/s : Betulkan entries kita dulu sebelum nak suruh orang lain.
p/s : Saya jadi pemarah a.k.a hulk kalau saya betul. (erkk,cam mana tu,tibe-tibe marah kan.)
p/s : B A C A I N I (takut tak?)=,=



Apr 14, 2011

Cara Nak View Blog - Interface Baru dari Blogger

Salam. Haritu buka blog budak botak.Dia kenalkan cara view blog baru untuk blogger. Best la.hihi.

Flipcard

Mosaic

Sidebar

Snapshot

Timescale

Hebak la blogger boleh buat system ni =,=. Senang sikit kalau nak baca blog yang entri dia semua best,so senang nak baca semua entri sekali.
  • Bagi aku kalo nak baca blog dalam view ni lebih laju, senang nak baca sekali banyak entri, tanpa perlu tekan older post berulang kali tau.
  • Pastu boleh show/hide comment. Then, kalo kite nak komen entri tu, kita tekan link "view all or post your own" untuk kita komen.
  • Pastu boleh show entri based on date,label,author & recent post.
  • Cuma tak best sebab tak dapat tengok layout kita yg cantik-cantik colorful tu la. Kalo view secara flipcard, aku tengok macam interface Tumblr.
  • Kalau kita tekan toggle navigation sebelah nama blog kita tu, akan keluar satu box untuk masuk url blog org lain pulak. 
  • Yeay, TAK PAYAH READ MORE DAH. Aku sesak dgn button read more ni.huhu.Susah nau nak baca kan.
Kalau nak buat, boleh la tekan http://urlBlogKorang.blogspot.com/view or http://www.urlBlogKorang.com/view/

p/s : Budak Botak & Fatin adalah mangsa terbaru kecurian kredit dari Celcom =,=

Post berhabok dalam draft.




Feb 28, 2011

Pancaroba Blog : Fantasi atau Realiti ?

Assalamualaikum. Hai awok-awok sekalian. Tahun 2011 mungkin adalah tahun blogger menghentam blogger or blogger bergaduh dengan blogger. Banyak dah baca entri blogger ni hentam blogger ni, pastu ungkit balik, pastu gadoh dalam twitter, facebook, pastu tak nak kawan, pastu blogger ni sokong blogger ni. Pastu aku pon tumpang sekaki baca apa yang blogger lain dok cakap-cakap. Silent reader katekan. He He. Macam-macam sekarang kan. Sampai rasa kalau aku tak bergaduh dengan blogger mana-mana, kirenya aku tak popular la. Tapi ape la ertinya kalau popular sebabkan bergaduh, dah la bergaduh dengan org alam maya yang kite tak tau asal-usul, pastu tak kenal hati budi. Kite ni cukup-cukup la bergaduh bertegang urat dengan kawan-kawan kite yang depan mata dari gaduh dengan orang alam maya, sebabnya, kalau bergaduh dengan org yang kite memg dah kenal lama, kite senang nak paham perangai org tu, kite lah direct minta maaf dan bincang dari hati ke hati. Tapi kalau bergaduh dengan org alam maya, kalau dia tak maafkan, cam mana?
Realiti blog yang aku nampak tahun 2011 :
1. Kalau kau popular, apa kau buat, walopon salah, bukan main ramai sokong.
2. Kalau kau pandai dan berani menulis isu sensitif, bukan main ramai orang yg tumpang sekaki join jadi batu api.
3. Kalau kau cantik & hensem, bukan main ramai sokong kau. Ehh, nmpak sgt aku jeles. HA HA.
4. Kalau kau popular, bukan main ramai yang nak kawan kau. Habis, kalau yang biasa-biasa ni, dok hari-hari komen entri kau, kau ada tengok.
5. Kalau kau ramai geng, kau boleh hentam blogger lain beramai-ramai.
6. Bila blogger baru naik sikit, kau pon angin, sebab dia makin popular.
7. Kalau blogger lain tegur elok-elok, kau marah melenting.
8. Kalau blogger puji, kau suka pulak kan. Patutnya kalau org tegur tu lagi bagus.
9. Kalau blogger lain nak buat vlog or tulis pape kat blog dia, kau hentam. Pastu, bile blogger tu terasa hati, dia lak yang kena balik.
10. Kalau blogger lain dapat traffic lebih, kau jeles. Mula la up entri kata entri dia entah pape, tapi dapat banyak duit. =,= 

Kesian kat aku yang suka baca blog ni, macam dah takde benda lain nak jadikan isu. Buat la isu semasa ke, info-info dunia ke, pasal personal pon takpe. Kalau nak up isu sensitif pon, jangan lah buat secara khusus, buat la general. Pastu, bila blogger tu terasa hati, kau dan kawan-kawan kau semua hentam dia, kata dia tak sporting. Kalau macam tu, aku pon nak terasa hati la, aku tak popular, aku tak lawa, aku tak macho, aku takde vlog, aku tak pernah jumpa perjumpaan blogger, aku takde kawan dalam blog, aku aku aku,ye la, aku  tak ramah mesra. Okey bye.
 p/s : Aku sokong entri dak neon :)
p/ss : Aku ada terbaca kat Sahabat Blogger, ada org tulis, kalau dia kena serang, ada tak blogger lain nak defend? Heh, kena tengok la dulu KOT sapa yang diserang.
p/sss : Opppss, hati panas, mulut panas, telinga panas. aku makan cili ape.

Feb 26, 2011

Widget Blog Kegemaran

Assalamualaikum. Hai awok-awok semua. Sihat dop? Makang doh? Ceh, nak cakap ganu  pon tak betul. Makan nasi dagang dulu, baru leh kecek ganu. Okey, harini nak cerita widget blog yang aku suka. Tak tau la korang suke ke tak. Sebab sesetengah org tak suka letak widget yang boleh berat blog, setengah org suke letak bende gerak-gerak & macam-macam lagi.

1. Shoutmix or chatbox
Ni aku suka sebab sesetengah org yang datang melawat mungkin tak mau komen kan, tambah-tambah mana yang first time datang blog aku, leh la tinggal jejak. Sebab nya kalau ada org tinggal ucapan dan url, leh aku singgah balik dan follow. Aku kan suka follow blog orang sebab tak susah pon. Ceh, ayat memerli disitu. Kat chatbox ni jugak, sapa nak tinggal tag pon senang, nak tanya soalan pon senang, sebab kalao ada org nak tanya pasal tutorial, lagi mudah bagi aku.

2. Follower.
Sapa yang rasa follower tak penting sila buang je la widget ni kan. Aku tak pernah jumpa la blogger yang tak letak widget ni. Kalao dia tak letak pon, mesti dia akan ganti dengan button follower yang macam-macam bentuk dan rupa tu. So, hargai la sapa yang follow blog korang tu, walaupon korang jarang komen entri dia. Ada org cakap komen lagi penting dari follower. Kalau gitu, buang la widget ni. Bagi aku 2 2 penting, sebab bila ada follower, ada la org baca dan komen entri korang.


3. Recent Comments.
Ni aku suka sebab aku leh baca dan tengok, entri mana ada orang komen. Tambah-tambah entri yang bulan-bulan lepas, tak kan nak cek satu-satu kan. So, aku suka gila widget ni. Kalao rasa buang space ke, korang buat la horizontal tab menu atau drop down menu. Kan senang nak letak macam-macam. So, cepat la aku nak trace komen org.


4. Blog list
Aku ada buat satu blog untuk blog list. Tapi tetap aku buat jugak blog list kat blog aku. Aku letak blog yang paling aku komen dan baca saja. Yang blog popular tu, aku simpan sebab nak baca je, tapi tak komen pon. Dan simpan gak blog lain dan blog kawan-kawan. Senang aku nak catch up kalau ada entri baru. Bagusnya blog list boleh gak masuk traffic kat blog org lain. Kan korg dah dapat traffic kalau aku letak blog korang. HA HA. Lagi satu, senang jugak kawan-kawan aku yang mana takde blog nak baca blog kawan lain.


Okey, habis. Widget lain macam kalendar tu untuk tengok entri lepas-lepas, macam archive la. Cuma dalam bentuk kalendar. Lagi widget recent post tu aku saja letak. Boleh tak (?). Yang Apesal tu sebab aku join Apesal, so, kena la bagi traffic pada Apesal. Lagi widget GengBlogger untuk pelawat tu aku senang nak tengok sapa datang blog aku. Leh aku usha balik blog dorang. Yang Nuffnang & Churp2 tu tak payah tanya. Kalau mung dok letok, mung dok dapat pitih.

Feb 20, 2011

Saya Seorang Blogger Yang Aktif !


Salam. Aku nak join segmen baru Ben Ashaari. Aku tak penah-penah join segment Abg Ben ni. Heheh. Bese la, sombong katekan aku ni. =,= Okey, senang je,tempek header abg Ben je dan linkkan entri Aku Seorang Blogger yang Aktif!

Feb 9, 2011

Tempat Nak Ping/Promote Entri Baru atau Blog

Salam. Sekarang ni banyak tempat atau site kita boleh ping blog kan. Macam-macam tempat la. Untuk naikkan traffic blog korang, supaya entri-entri lama korang tak membazir macam tu sahaja. Macam aku, dah bermacam-macam tempat aku ping blog, tapi sebabkan aku kurang aura, blog aku ni kejap-kejap naik traffic, kejap-kejap turun, kejap-kejap dalam sejam 0 unique visitor. Memang gila lah. Kalau orang yang buat blog sebab nak bercerita, nak share dengan kawan-kawan, mungkin mereka tak kisah sangat traffic, tapi untuk pendaftar Nuffnang macam aku, aku memang nya suka kalau ramai orang masuk blog aku. HE HE. Padahal dok cerita aku makan apa, tidor pukul berapa je kan. -,-. Harini aku akan share beberapa tempat yang aku ping blog.


Traffic daripada Apesal, sangat puas hati la mula-mula aku daftar dulu, tapi baru-baru ni macam tak ummph sangat sebab maybe blog aku tak beri banyak traffic pada Apesal. Korang pon, baca la blog kat widget Apeasal tu..HAHA.Ye la, memandangkan entri  yang aku letak hanya tutorial, gambar, dan kenangan memori aku, so, mungkin tak berapa interesting. Tapi korang boleh daftar. Yang penting, cara dia naikkan traffic korang adalah sangat manis, di mana pendaftar perlu letak widget Apesal.com dalam blog korang. Contoh macam aku letak di bahagian Iphone tu. Widget tu sebenarnya promotekan blog orang lain di blog kita. Sebagai ganti, blog orang lain akan promote balik blog kite. Manis tak? Ha ha. Dan cara nak ping dia, memg kena rajin la, taip, masuk satu-satu entri korang. Dalam Apesal ni boleh la korang ping entri korang yang lama-lama tu, so, tak de la terbiar macam tu je. Aku dah dapat 353 visitor daripada 28 hb haritu.


Okey, Geng Blogger ni memang dah lama.Aku pon dah lama daftar, tapi baru-baru ni baru la ada join aktif balik. Kalao ping di Geng Blogger ni, korang kena la rajin-rajin sikit, sebab cara ping dia paling senang. Lepas korang buat entri baru, terus pegi ping. Jangan tunggu entri lain, baru nak ping, sebab dia hanya boleh ping entri baru ja, Satu-satu. Traffic dari Geng Blogger ni, boleh la. Kalau cek kat Nuffnang tu, ada la daripada Geng Blogger dalam 10-20  click. Cepat sign up Geng Blogger!


Okey, Innit ni mak kepada Nuffnang. HA HA. Kenapa aku cakap gitu, sebab nya Innit  bergabung dengan Nuffnang & korang leh sign in dan ping entri korang yg terbaru atau terlama. Macam Apesal jugak la. Cuma, perlu rajin menulis, sebab kena tulis tajuk, description, tag, ada word verification jugak. -,- Benda ni kalau aku malas, memang aku tak ping pon. HA HA. Kalau korang ada Nuffnang, leh la sign in terus. Kalau takde Nuffnang, aku tak pasti. Korang try la. (Jawapan tak berilmu!).

Okey, nanti aku share lagi tempat lain. Ada yang aku join, dan ada yang aku tak join. :)


Jan 22, 2011

Isu Blog Aku Rosak - Header Jadi Blur, Blogger Kecikkan, Kemudian Expandkan!

Ni la yang aku cuba sampaikan, header jadi blur & mengecil, padahal header asal adalah besar iaitu 900x400pixel. Bila upload, blogger kecikkan jadi 400x133pixel, kemudian pergi expandkan jadi 760pixel. Mau pecah la gambar dia kan.

 Aku pon buat bende yang sama, upload dan reupload header yang semua nya saiz asal adalah 900x300pixel.

 Aku pon buat bende yang sama, amik url dari Picasa album, tapi link broken, not valid. Why ahh?

Upload dalam Photobucket belum try lagi. Nanti aku try. Memang ni masalah blogger, napa la kite yang kene susah payah cari jalan kan. (Dah try, menjadi!)

 Betul, semua nya elok je 2 hari lepas. Same thing happen to me. Sejak semalam jadi macam ni -_-"

 Ni belum try, ni antara langkah-langkah yang pemblogger bagi tunjuk ajar.

 Ni soalan aku, aku tak tau nak explain kan dia, rupanya betul la telahan aku, BLUR!

 Ni blog YummyLolly yang cerita pasal problem ni.

Kan aku cakap blog aku rosak, ingatkan aku yang salah main-main coding, tapi memang masalah Blogger sebab ramai yang hantar report kat blogger site bahawa header atau banner mereka jadi BLUR. Macam blog aku. Wah, isu memang tak boleh blah. Pada korang, jangan menggatal nak tukar header baru dalam 1 2 minggu ni atau tak payah tukar header langsung, nanti jadi macam aku. Sebabnya kebanyakan blogger yang kena semua berpunca dari nak tukar header lama ke header baru. Aku ingatkan aku sorang je yg report, rupanya ramai lagi blogger2 luar negara sana yang hantar report & pertanyaan macam aku.
Kalau ada pape masalah, dan rase tak tau nak rujuk sapa, just terus tanya & report pada Blogger site. Walaupon mungkin lambat nak reply, tapi mesti ada blogger-blogger lain yang hadapi masalah sama & ada cara nak selesaikan :) Pegi SINI.

Update : Upload sahaja ke Photobucket, kemudian, bila nak masukkan sebagai header, copy Direct Link dia dan paste.
Update : Cara nak perbetul header blog yang jadi blur atau kata lain header blog blur, boleh refer SINI.





Jan 21, 2011

Blog Rosak

Salam. Hangin betul la kepala aku ni. Tengok header aku dah rosak. Kalao mate aku je rabun, mungkin takpe.Tapi kalau orang lain pon tengok bende yang sama gak, memg aku hangin. Korang tengok header aku KABUR BLUR-BLUR tak?
Kalau ye, sila respon. Dulu dah pernah rosak sekali, nasib baik ada backup, tapi kali ni aku tak buat backup langsung! Yey, mari lah bergumbira dengan kepandaian aku.
Ni nak bertukar jadi josh ni cam baby comel ni. HEE, okey la blog, aku malas nak godeh-godeh kau. Banyak kerja lagi nak buat. Baik buat kod JSP dari kod HTML.


Eii, comel la josh ni, rase nak makan. HA HA. Melampau tak, orang makan josh, ehh, comel sangat!!! NAK KAWIN la pas PITA nanti. HEE.

Macam sedap ayam KFC ni. Cium sikit! Muaah!
Photo Courtesy : LiveandLaugh

Nov 27, 2010

Saya follow Awak, Awak follow Saya tau. Okey nanti kejap, saya follow, kejap je kerja nya, tak peluh pon.

Salam. Main Tumblr sambil layang video Cik Chida Dari Parit. Tak mau panggil dia Cikgu, panggil Cik Shida je.

Suka Follow Blog Orang ?
Ehh, aku suke follow blog orang. Tak tau nape. Mungkin, aku mengerti, orang mesti suke tengok follower die ramai bertambah dari hari ke hari tambah2 blogger baru. Its okey kalau ada orang tulis kat CBox aku, " hai, I dah follow durian, durian follow I balik tau ". Kalau dulu, aku tak layan sgt, tapi sekarang aku sgt menghargai orang yg nak follow dari aku. Sesetengah blog aku baca, cukup tak suke kan kalau ada orang tulis gini, tambah blogger yang otai kan. Jangan la perlekeh mereka, mereka cume seronok. Tau tak ape maksud seronok?

Penerangan
Aku pon follow mereka itu, aku tak masuk dalam blog list aku pon. Dalam blog list aku, cuma kawan-kawan dan blog yang aku suke baca. Serius, aku jujur. Tapi aku kadang2 ada gak baca, dari list yang banyak2 kat dashboard tu. So, tak perlu pon nak taruh dalam blog list kat blog korang. Kadang2 mereka suruh follow pon bukan mengharap kite2 ni baca blog mereka sgt. Follow la mereka, tolong la!! Hahah.. WT Hal Nazirah (?) Ye, aku paham keseronokan mereka berblog, sebab aku pon macam itu jugak dahulu :) Nak tambah follower ? Buat contest, suruh org yg masuk contest tu follow blog kau. Kan senang. Hanis Zalikha pon kalah nyah !
signature

Nov 2, 2010

Happy Coming Wedding Sis Nun

Salam,
Semalam Sis Nun tag saya di kad kawin dia..Hihih..Tahniah Sis Nun, Sis Nun ni saya kenal mase awl2 buat blog dulu. Sangat peramah dan friendly tau. Kalau kite komen entri die or tnye ape2, mesti die akan balas balik dengan cepat. Rasa suke sgt kenal die dalam alam maya. Dia seorang photographer dan gmbar-gmbar dia tngkap juga sangat cantik.. :) Sekarang die nak kwin, org lak tgkap gmbar die kan.

Girly GraphicsKad kawin.. Korang tgk, 11/12 & 12/12..Hahah, 11/12 adelah hari jadi saya ke-21.Wuhooo..

Belog Sis Nun, dari dulu sampai sekrg tak berubah, tapi tetap menarik perhatian aku :)

p/s: Sis, tak dapat datang :( Minta Maaf

Oct 10, 2010

Watermark Lekat Kat Gambar

Salam,
Hai, harini saya nak tunjuk watermark.Apa itu watermark?Watermark ialah tanda tangan kita kat gambar kita. So, orang2an tak boleh sesuka hati lekat gambar kita or guna gambar kite sebagai iklan di mana2.Okey, I know that nobody want/interest to kidnap my picture, but I must concern okay about my picture! Cewaah, nak cakap English lak aku! Haha. Okey, watermark ini dibeli online RM5.
Orang : Hahah, kenapa perlu beli, bukan ke ko tau gune photoshop ke Naz?
Naz : Okey, aku saja nak beli & aku kagum bakat kakak ni buat watermark ni & i love to support Malay businesswomen/man. Hahah, tak 1 Malaysia betul aku.Eh, aku beli jugak barang dari Chinese and Indian people also okay. EYBIZZONLINE ini diperkenalkan oleh Kak Eynda. Memang semua hasil kakak ni best dan cantik, harga pon murah oooo..*Aku suke barang murah!


Kakak ni buat watermark putih dan hitam, kiranya sesuai untuk gmbar gelap & tak gelap.Lagi satu, perkhidmatan kakak ni sgt cepat okay, semalam tempah, harini dah dapat.
Orang : Naz, nape ko nak membazir beli watermark ni, edit je la sendiri?!
Naz : Okay, aku malas nak godeh2 Photoshop,cari brush la,ape la, ingat boleh buat cantik2 dalam sejam je ke..
Orang : Naz, ko kan suke edit2 nih, tak payah beli!
Naz : Apsal korang nih hah, lantak ai la.
Hahah..*Ni semua dialog dalaman saja!

Ni scheduled post!
Girly Graphics

Oct 4, 2010

Template Designer

Salam.
Hari ni teringin sangat nak cuba template designer yang dibina oleh Blogger.Memang best sebab boleh buat background transparent dan macam-macam boleh diubah pada template. Tapi satu saja, saya tak reti nak guna HTML code nya!Adoi, nak tukar comment box tak boleh, nak buat blockquote berwarna tak boleh,macam-mcacm tutorial dah rujuk, still tak boleh. Tahu tak mana-mana blog yang buat tutorial untuk template designer? Please!:pandacloud_03:
Graphics

사랑 with all my heart!

안녕하세요,:pandacloud_16:
내 어머니, 아버지, 가족, 연인, 친구와 추억을 사랑 해요. 내가 함께 행복한 추억을 함께 살기로 계속해서 희망!:pandacloud_07:
나는 내 가족이 행복하고 나의 성공을 기뻐 바랍니다. 난 내 인생이 사랑과 희망 홍수 바랍니다:pandacloud_08:
가끔은 정말 고향이 그리워 수도, 내 가족을보고 싶어요.
Bye!
Graphics

Nak baca, guna Google Translate!
Ayat kelakar habis,lari sungguh dari maksud sebenar aku!