March 2011 | Miss Durian Runtuh

Mar 22, 2011

Kod Recent Post dan Recent Comments

Assalamualaikum. Hai korang. Harini nak share koding HTML bagi recent post dan recent comment. Dimana korang boleh letak kod ni dalam horizontal tab menu dan drop down menu korang tu. Jom copy and paste.

Kod untuk Recent Post

<script style='text/javascript' src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/recentpostswidgetv1.js'></script><script style='text/javascript'>var numposts = 5;var showpostdate = true;var showpostsummary = true;var numchars = 100;</script><script src='http://URL KORANG.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts'></script>
Kod untuk Recent Comments

<script style="text/javascript" src="http://sites.google.com/site/testingsahaja/recentcomments.js"></script><script style="text/javascript">var numcomments = 10;var showcommentdate = false;var showposttitle = false;var numchars = 40;</script><script src="http://URL KORANG.blogspot.com/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=showrecentcomments"></script>
Korang boleh la copy and paste kod ni dalam Add Widget/HTML widget korang ye. Korang gantikan URL KORANG tu dengan url blog korang okey :) .Save & Done.
Sumber : Maribinablog

Jumpa Kawan Lama ♥

Assalamualaikum. Hai. Aku gembira la. Aku jumpa kawan lama, kawan time matrik. Kat Facebook. Ni antara kelebihan Facebook, leh contact balik kawan lama kan. Serius aku rasa happy. Lala ni kawan satu matrik, satu bilik dengan aku, selain Kamilah dengan Laili. Kami memg giler la, baru sehari 2 tinggal dalam bilik tu, kami dah boleh makan sekali, gurau2, gelak2. Aku suke gile kawan-kawan time matrik. 
 ♥ 


Jangan ditanya kenapa lepas 3 tahun baru jumpa balik =,=

Bese la, aku boleh lak lupa nama ayah kawan aku ni. Macam-macam nama aku search, tak jugak jumpa. Aku lak asik dok search nama LALA la, Nurfadilah la, padahal nama penuh Lala ialah Norfadilah.

Gambar ni la satu-satunya gambar kami berempat. ♥ Guna kamera Lala je, masa tu takde lagi kamera digital sume. Aku ada tangkap gambar kawan-kawan aku ni, tapi sume gambar negatif, so, ada dalam album je la.


Mar 16, 2011

(Lirik) Haramkah - Melly Goeslow



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Sumber : Lirik Baru


Lagu ni OST Ketika Cinta Bertasbih. Aku suka tengok kisah percintaan dalam filem ni sebab islamik. Takda kapel-kapel, peluk-peluk, maksiat apa semua. Semua jodoh datang dari Allah, dan bagaimana dia tunjuk, kalau kita dah kawin dengan org tu, TAPI kalau memang bukan jodoh kita, memg tetap bukan jodoh kita :)

Mar 14, 2011

Andainya Lelaki Tahu

  1. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
  2. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
  3. Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
  4. Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
  5. Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
  6. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
  7. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
  8. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
  9. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
  10. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
  11. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
  12. Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
  13. Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Copy Paste dari Note Eiyra Ahmad
Hujah aku :
Aku sangat setuju dengan pandangan dia. Memg betul, kadang-kadang lelaki tak paham hati kita, walaupon kt ni nampak ganas di luar, tapi sebenarnya hati perempuan ni lain, mudah tersentuh, sensitif dan selalu cakap berkias. So, kena la belajar paham apa perempuan cakap dan buat. Body language tu pon penting apa. Kalau dia cakap lain, tapi nada nya bunyi lain, makna nya mesti ada yang tak kena.

Mar 8, 2011

Entri Bermacam Ragam

Assalamualaikum. Sehatkan semua. Sekarang dah rasa takde mood nak menulis sebabnya tiada cerita baru dan idea. Aku ni bukan penulis ilmu-ilmu atau penulis fakta-fakta, sebab tu otak tak berkembang sangat dalam ilmu penulisan. Entri sebelum ni memg ramai yang tak faham dan salah sangka. HE HE. Nasib baik aku memang dah tulis nama Ain dan teringat kenangan time sekolah dulu-dulu. So, memg entri lepas totally lari dari hidup dan kawan-kawan di UMT okey. Aku letak gambar tu sebab muka aku lawa dalam gambar tu. Kan dah perasan sorang. Yang aku ceritakan dalam entri tu pasal kawan sekolah lama dulu, kat Ipoh, kapel dengan kawan sekelas. Kiranya 2 2 kawan aku yang kapel ni kawan sekelas aku dulu dari Form 1. Tu yang aku cakap moga beliau berbahagia kan. Yang lain tak boleh explain lebih sebab aku tak tau kalau-kalau ada kawan kelas lama aku dulu ada yang baca blog aku. Kang ada makan hati kang. Dah la nanti dorang rancang nak buat reunion. Tak pasal-pasal aku tak leh join. =,=

Jumaat ni ada Dinner untuk kos saya iaitu Software Engineering, kat Riyaz Heritage. Kami dah usha jalan ke sana. So, boleh la pergi sendiri nanti kan. InsyaAllah. Mane tau kot nanti berkonvoi jugak macam dinner tahun lepas. Mula-mula macam best je nak pergi dinner, cari baju, kasut, selendang, bikini, macam-macam la. Tapi lama-lama rasa macam tak best je sebab baju tak lawa. Perempuan ni memg susah. Kalau dia tengok kawan-kawan dia pakai baju lawa sikit dari dia, mula dia down. Aku tak kata orang ye, aku kata diri aku sendiri. Down its means bukan la sampai ko nak meroyan, tapi rase kesian dengan diri sendiri yang pakai apa pon nampak tak lawa. Aku teringin gak nak menang Queen of The Night. KihKih.Okey, dah la, cakap lebih kang ada org marah lak, sebab ini BLOG, bukan semua boleh dicerita dan diberitahu, sebab bak kata kekasih gelap saya, "kalau awak tulis macam-macam, nanti orang gelak je baca". Kan dah malu. Okey-okey. Sebab tu kisah peribadi saya cerita setahun sekali. Bye.

Mar 6, 2011

Rasa nak Bergosip-gosip

Salam. Harini rasa nak gelak satu dunia la..KAH KAH KAH. Aku tak tau kenapa aku nak gelak. Tapi kalau betul ada jodoh, aku doakan kawan-kawan aku bahagia sampai bila-bila kan. Cume 1 perkara je nak buat aku gelak ni. Adoi, apa hal la kan boleh macam tu. Serius lawak. Lawak sangat-sangat la bagi aku. Aku ada rasa jeles sebab dia dapat yang baik untuk diri dia, tapi masa yang sama aku still rasa lawak. Ain, mana kau, aku nak bergosip ni!!! HA HA. Aku nak gelak sangat-sangat ni. Kadang-kadang, ada perkara tak terduga berlaku dalam hidup kita. Dalam masa beberapa minit je, satu perkara tu boleh buat aku terkenang kenangan lama dengan kawan sekolah dulu-dulu. Ohw, i'm soo in love that time.
1. Semoga itu yang terbaik untuk beliau.
2. Semoga beliau tidak macam dulu.
3. Semoga panjang jodoh okey.

Cerita takde kena-mengena dengan orang dalam gambar okey :)

Mar 5, 2011

Template Percuma - Carribean Blue

Assalamualaikum. Hai korang semua. Harini aku baik hati nak bagi template percuma. Cewah, padahal template Picture Window yang Blogger provide, cuma aku telah ubah macam template aku sekarang ni. Disebabkan ramai yang dok tanya kenapa header aku boleh bersambung dengan body content blog, kenapa picture window aku tak transparent, kenapa bila dorang buat, tak menjadi header bersambung, aku pon dah naik pening sebab aku bukan 24 jam dok mengadap blog ni. Banyak perkara penting aku nak siapkan. So, setelah aku fikir-fikir, baik aku bagi je template ni kat korang. Lagipon template ni Blogger yang punya. Bukan hakcipta aku pon, cuma di'edit' sikit-sikit oleh aku. Kalau korang nak pakai, boleh la ubah-ubah mana yang patut. Yang background title post dan sidebar semua korang boleh ubah sendiri. Even blockqoute pon korang ubah la. Baik tak aku. Sebabnya kadang-kadang aku tak terlayan pertanyaan dan amarah blogger lain terhadap aku sebab dorang nye header bersambung tak menjadi. So, meh aku bagi template aku. Blockqoute, headings, backToTop, semua aku dah provide Yang PENTING, jangan taruh border untuk main background okey, nanti tak lawa.


Ni nama nye template Carribean Blue.
Untuk copy code, lihat dan preview, sila CLICK SINI.
Width/lebar main body adalah 1000px dan lebar sidebar adalah 300px. Boleh diedit menggunakan template designer, korang boleh adjust lebar di situ okey.

Haha, mana yang nak buat header bersambung macam aku, nak Picture Window macam aku, boleh la amik/copypaste template ni dan edit ikut suka hati korang. Terima kasih daun keladi.😍


Mar 4, 2011

Bakat dan Kemahiran

Kadang-kadang aku terfikir, apa kemahiran kelebihan aku ada untuk compare dengan orang lain. Bakat, kemahiran tu adakah datang sendiri atau perlu dicari. Kalau ada bakat menyanyi dari kecik, itu dinamakan bakat semulajadi atau kemahiran yang diajar? Adakah bakat menyanyi itu dari lahir atau kita yang belajar sendiri. Aku selalu fikir, apa bakat atau kemahiran aku ada. Aku banyak tak tau. Melukis, menari, menyanyi, berenang, memandu, memasak, menjahit, semua jenis bakat aku takde. Bakat atau kemahiran yang aku ada menulis, membaca, mengira,menaip, mengaji. Kadang-kadang sedih dengan diri sendiri. Apa bakat atau kemahiran aku ada?
 
Aku ada bakat posing je. =,=

Mar 2, 2011

Cakap Besar

Assalamualaikum. Hai semua. Entri kali ni nak cerita pasal cakap besar. Cewah, hot sangat la tu tajuk aku. Aku memg muak dengan jenis cakap besar ni, tak kire la org yg aku kenal atau tak. Kirenya apa dia buat, dia la paling beruntung, dia la paling hebat dalam dunia ni. Bila dia dapat keputusan elok dalam exam dia cakap 'ah, sebab aku rajin, sebab tu aku dapat 4.00rata" ,gini la lebih kurang. Walaupon bila aku dengar, aku diam kan, tapi dalam hati tetap rasa panas. Sebabnya kalau kate-kate kite terlalu jujur dan berterus terang, mungkin org akan fikir lain. Dan mula la keluar andaian, rupanya macam ni perangai budak ni. 
Aku rasa cara paling senang dan selamat adalah bersukur dengan setiap apa kite dapat. Kalau kite dapat keputusan elok, kite bersyukur kepada Allah sebab usaha kite dapat balasan setimpal, cakap Alhamdullillah. Jangan la cakap, "sebab tu aku dapat elok, dah aku rajin". HA, kan dah lain nada dia kan. Kalau kita cakap secara rendah diri, nada dia lain tau, contoh, "heheh, aku dapat 4.00rata pon sebab aku buat latihan dalam buku, kalau tak, mesti teruk jugak, huhu". Kalau aku dengar org cakap gini, aku pon tumpang gembira sebab dia dapat elok.
Ye, bukan nak cakap org, tapi cakap pada diri aku jugak. Aku sentiasa cuba untuk menjaga mulut sebab sekali mulut kite salah cakap, mungkin selama-lamanya berbekas kat hati orang. Kita tak tau, mungkin hari ni hari kita, tapi akan datang, kita pulak yang terkena. Kalau nak jujur, aku cakap dulu "jujur aku cakap ni". Kalau bergurau, cakap la dalam nada gelak tawa. Kalau nak serius, cakap la dalam nada serius. Biar apa kita cakap org tak salah faham. Kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merana la hati.
p/s: mulut bau longkang tu sebab tak gosok gigi pas makan durian. HE HE.