Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Jul 13, 2011

Love ♥


Matching la.
Ron : Marry me, my darling rose <3
Hermione : I do!

Jul 6, 2011

Patiala House

Assalamualaikum. Hai semua. Siapa pernah tengok filem hindustan Patiala House? Filem ni filem baru, tahun 2011. Aku dah tengok. Itu pon sebab makcik aku terlanggan Astro Box Office:9: itu hari. So, sebulan lebih jugak la boleh menghadap Astro Box Office:9: tanpa segan silu. Antara yang di tayang itu hari, Patiala House, Pocong, Bruce Lee dan banyak lagi tak ingat. Tapi paling berkesan kat hati Patiala House la. Lakonan Akshay Kumar, Anushka Sharma, Rishi Kapoor & Dimple Kapadia. Memang pelakon best-best la.


Filem ni mengisahkan Parghat Singh Kahlon atau Gattu lakonan Akshay Kumar:96: yang terpaksa ikut kehendak ayah dia supaya tak main kriket:31: untuk England. Disebabkan waktu mula-mula keluarga dia ngn keluarga Punjabi yang lain berhijrah ke England, dorang ni tak diterima sebab dianggap macam pendatang asing. Sampai kan orang caci dorang, kacau hidup dorang. Ayah Gattu lakonan Rishi Kapoor:93: ni memg semangat la sampaikan anak-anak Punjabi ni boleh bersekolah, dorang ada hak kat England tu.


Tapi dalam masa yang sama, bila Gattu dah besar & dia suka main kriket:31:, dia di tawarkan masuk pasukan England untuk pemain muda. Tapi ayah dia tak bagi sebab dia memang benci orang England. Sampai umur Gattu 34 tahun, dia dapat peluang kedua untuk masuk pasukan kriket:31: England. Kiranya , Gattu dapat balik life dia waktu umur dia 34 tahun la. Memang best filem ni sebab bagi inspirasi la kat kita, kita slalu dapat peluang kedua, so, guna yang sebaiknya kan.

Dan ofcos, di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, mestilah ada wanita belakang nya. Itu la watak Simran lakonan Anushka Sharma:95:. Cantik woo dia ni.Memang putih je kulit , suke aku tengok. Simran la yang sokong Gattu masuk kriket:31: tu. Dan memang berhasil la endingnya:t: .


Filem ni yang best nya :
:60:Lagu semua best. Antaranya Kyun Main Jaagoon, Laung Da Lashkara, Baby When You Talk To Me dan lain-lain.
:60:Pelakon semua best. Rishi Kapoor yang jadi ayah Gattu memg menjadi la watak dia. Ye la, pelakon senior kan.
:60:Pelakon pembantu pon best dimana pelakon pembantu tu ahli keluarga Gattu ni la. Dorang ni jenis duduk serumah ramai-ramai, so, memg meriah la dengan perangai orang.
:60:Jalan cerita best, padat, senang paham dari awal lagi. Kiranya tak payah pikir banyak, korang dah faham apa konflik dia.

Nak tengok full movie, boleh tengok kat YouTube. Ada subtitle.

Photo Courtesy : Tumblr



Jul 3, 2011

Wajib Tengok

Assalamualaikum. Amboi, tajuk, wajib tengok. Okey sebenarnya nak cerita pasal filem Sekali Lagi:t:. Sebelum tengok, mesti rasa, aii, macam tak best je. Malas la nak tengok, baik tengok Harry Potter ke, apa ke. Tapi semalam, lepas diskusi dengan Wansyah kat McD Jusco, Shaz pulak ajak jalan-jalan. Aku memang yang kekurangan duit ni hanya la mampu cakap, "aku takde duit ni nak jalan-jalan". Shaz pulak cakap, "takpe naz, pkai duit aku dulu". Nasib baik nak makan cukup duit kan. Shaz cuma bayarkan tiket wayang je.


Okey, serius Sekali Lagi:t: ni emosi, lawak, best, sedih,romantik dan lain-lain. Memang best dan sedih. Walaupun, genre filem ni komedi romantik, tapi bagi aku Sekali Lagi:t: ni sedih. Macam mana Shila ni hadapi percintaan dia dengan pancaroba daripada hubungan yang tidak direstui keluarga. Lepas ayah dia meninggal dunia, suami dia, Arman (Sam:96:) pulak tinggalkan dia. Tapi semua yang berlaku ni bersebab. Ada sebab kenapa Man tinggalkan dia.

Pastu seronok bila tengok gelagat Man:96: berkawan dengan Amy (Mia:94:). Memang lawak dan comel sangat.Memang macam ayah & anak betul. Pengajaran nya, setiap hubungan perkahwinan antara laki dan perempuan tu biar la ada restu dari keluarga. Bila takda restu, memang hidup pon tak berkat. Tak kira la macam mana kita sayang kekasih kita. Ni pengajaran kat diri sendiri jugak la.

Antara sebab yang best :
:73:Mia dan Lisa jadi mak dan anak yang super cute.
:73:Watak Sam & Mia sangat comel bila berdua.
:73:Sam memang berbakat bawak watak dia sebagai org autisme.
:73:Jalan cerita yang best, ringkas,padat.
:73:Ending bagi aku pon macam logik.Tak kan Shila nak kawin dengan org autisme kan.
:73:Lisa pon pandai bawak watak yang memang sedih.

Cuma satu je, aku tak boleh nak nangis :face22: tengok Sekali Lagi:t: ni walaupun sedih, sebab sedih dia tak capai tahap kesedihan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Boleh tak?

Ohh, nak buat peringatan.Sekarang kan musim panas, banyakkan minum air :19: masak.Aku dah lama batuk dan minggu lepas pulak kena sakit :face32: tekak sampaikan nak telan air liur pon sangat sakit. Kalau sakit tekak beli Dequadin sebab setakat ni okey jugak.

Jun 25, 2011

Suka Sepah Lagi

Assalamualaikum.Okey, semalam tak tengok Maharaja Lawak sebab tak meriah.Tak meriah sebab apa,sebab takde orang kat rumah nak bergelak ketawa kuat-kuat dengan aku. So,masuk bilik,tido.Pagi-pagi bukak Facebook tengok SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK. Suka Sepah dari Johan sebab Sepah tiap minggu lawak. Jozan pon lawak, tapi adakala tak lawak jugak. Jambu pon sama, kadang-kadang lawak gila,kadang-kadang tak faham langsung.

Sepah bawa pulang RM350,000 dan sebuah trofi.

Ada orang cakap lawak Sepah konsisten dan mudah untuk faham.Betul-betul tu, sebab truly Malaysia la katakan lawak dia. Dalam Sepah, aku paling suka Jep sebab dia pandai nyanyi dan paling lawak antara 3 orang tu.



Lagi satu kekuatan Sepah sebab dorang ber3 , ada banyak idea nak berlawak kan. Berbanding 2 dan sorang. Boleh pakai tak teori aku.
Dan lagi, dorang pandai guna kelebihan dorang iaitu menyanyi. Sebab tu bila tengok performance dorang, rasa cukup la 3 rasa; rasa lawak, rasa terhibur dan rasa best. Yehaa, rasa berbaloi aku tak sms Sepah sebab akhirnya Sepah menang jugak.

Sumber Gambar : Tumblr

May 14, 2011

Maharaja Lawak Minggu 7 - Gelak Diam-Diam

Assalamualaikum. Hai semua. Semalam tengok Maharaja Lawak. Serius lawak gila tengok Jambu, Sepah & Jozan. Gelak satu rumah. Minggu silent comedy ni mula-mula macam kesian jugak kat dorang sebab dorang lebih banyak berdialog kan. Sekali kena buat lawak dari body language je. Kalau Jambu memg dorang dah biasa buat. Tapi untuk peserta lain, memg hebat la dorang boleh buat aku gelak. Kalao Amir lak, aku kesian sebab dia sorang & takda banyak idea kan. Bagus la dia keluar, tak tension stress dah nak pk ape nak buat minggu depan kan.

Jambu

Sepah

Jozan

Kan minggu ni cara penyingkiran dah berubah di mana peserta yang akan undi peserta lain keluar kan. Geram betul aku, sebabnya aku risau kalau-kalau peserta lain akan keluarkan peserta yang bagi saingan kat dorg. Contoh Sepah undi Nabil keluar, or Jozan undi Jambu keluar or Jambu undi Jozan keluar. Ala, macam realiti show kat luar negara tu, dorg boleh buang kawan dorg sendiri asalkan dorg takde saingan, tapi ye la, org Malaysia ni penuh sikap belas kasihan kan. Dah tu ada ML MASUK pulak, dah macam Akademi Fantasia pulak kan. Tapi semoga Jambu, Jozan & Sepah tak keluar.

Feb 7, 2011

(Lirik) Hijjaz - Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)
Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya
Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)
Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah
Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu

Photo Courtesy : Inter-Pix
Sumber : Lyrics
Download : Lukisan Alam


Jan 20, 2011

Wild Child - Filem Remaja yang Comel

Salam. Lama tak tulis. Bukan ape, nanti kalau selalu sangat tulis, orang ingat aku tak buat kerja lak. Bek aku diam je, padahal online memanjang kan. HE HE. Okey, semalam, amik masa tengok filem Wild Child, dak bilik aku bagi. Best woo cite ni. Pasal Poppy More yang terlalu sosial dalam hidup dia, sampai ayah dia tak tahan, so ayah dia hantar masuk Abbey Mount Boarding School for Ladies. HE. Mula-mula dia masuk ,memang dia gedik la, pakai kasut tumit tinggi, baju dia semua nye fashion-fashion. Pastu, sebabkan dia macam desperate sangat nak keluar sekolah tu, so roomate die, 4 orang tolong dia. Macam-macam rancangan mereka supaya Poppy dapat dibuang sekolah. Tapi last-last, Poppy sedar yang kawan-kawan dia tu kawan sebenar & sekolah tu sebenarnya banyak ubah dia. 
Sweet, aku suka cite remaja ni. Dah la comel. Aku pon rase nak jadi cam Poppy More sebab ada kawan-kawan yang best & banyak tolong dia.


Laki ni anak pengetua sekolah tu, Freddie, Freddie ni salah satu rancangan Poppy sebagai alasan untuk dibuang sekolah, tpi last-last tersuke lak kat Freddie ni.


Sweet lah tshirt ni, cool je ayat dia kan. HE HE


Kawan-kawan Poppy yang sangat comel la bagi aku. Josie, Kate, Kiki & Drippy

Photo Courtesy : Tumblr with Wild Child Tag

Jan 10, 2011

Ana Raffali Keyword Terbanyak Hari Ini


Salam. Gara-gara post aku malam tadi pasal page kat Facebook hentam Ana Raffali, hari ni banyak orang masuk blog aku sebabkan Anugerah Juara Lagu ke-25 Ana Raffali Menang , see, keyword sume nak sebut Ana Raffali, tak puas hati, AJL tak best, tak puas hati Ana Raffali menang, Ana Raffali menang, macam-macam la kan. Ehh, best apa lagu Ana Raffali tu, cume aku geram jugak la napa Ana Raffali menang, sebab cara dia nyanyi tak paham, tapi REZEKI dia kan. Macam Ynn cakap, buat la cerita lain pasal AJL, aku pon nak cerita benda lain pasal AJL.
1. Sape A.P.I? hahaha. Serius aku buta seni. Aku tak kenal, kalau A.P.I menang lagi aku hangin, ok lagi Ana Raffali menang.
2. Aku rase Siti Nurhaliza patut menang Vokal Terbaik berbanding Hafiz Hamidun Noktah Cinta.
3. Aku suka Faizal Tahir nye lagu sebab aku jarang gila dengar. 
4.Aku tetibe tersuke lagu Sofea Jane, yeay! Black, i lap u!
5.Dress kedua Cheryl pakai pelik.
6.Baju Ziana Zain cantik, dress pengantin warna hitam sweet gilah!
7.Nyanyian Yuna biasa sahaja, tak macam tahun lepas. Tapi Yuna cantik!
8. Tahun ni tak menyengat sebab Aizat takde. HA HA. I lap U Aizat!


Ape-ape pon, Lisa Surirumah Surihani jugak yang comel & hot, tak lupa jugak Mia Sara Nasuha yang comels a lot! Tahniah la kepada Ana Raffali, I tengah layan lagu U sekarang nih, nak cuba suke, bak kate Milimilo, kalau nak suka lagu Ana Raffali, pegi pasang lagu ni kat playlist, lagu dia sorang, dengar la selalu. Gerenti suke.

Photo Courtesy : Budiey
signature


Dec 27, 2010

(Lirik) Kurnia Noh Hujan feat Mizz Nina


Kurnia

Dengarkanlah lagu dulu
Tinggalkanmu itu menunggu
Jangan biarkan hati
Dikunci oleh rasa benci
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
‘Tuk merubah hatimu
Chorus
bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan
Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu
Ulang Chorus
Pintaku cuma jangan pergi
Tak bisa berasingan jauh oh darimu
Bilakah oh nanti akan pergi
Berlari biarkan pergi
Buat selamanya biar kita berdua disinari
Oh mentari oh mentari
Ulang Chorus

Okey, aku lambat tau pasal lagu ni. Memang aku old skool sikit, HA HA. Suka lagu ni start tgk Anugerah Skrin haritu. Sukee la.
Sumber : Melayukini
signature