Miss Durian Runtuh
Showing posts with label DramA. Show all posts
Showing posts with label DramA. Show all posts

Jul 6, 2011

Patiala House

Assalamualaikum. Hai semua. Siapa pernah tengok filem hindustan Patiala House? Filem ni filem baru, tahun 2011. Aku dah tengok. Itu pon sebab makcik aku terlanggan Astro Box Office:9: itu hari. So, sebulan lebih jugak la boleh menghadap Astro Box Office:9: tanpa segan silu. Antara yang di tayang itu hari, Patiala House, Pocong, Bruce Lee dan banyak lagi tak ingat. Tapi paling berkesan kat hati Patiala House la. Lakonan Akshay Kumar, Anushka Sharma, Rishi Kapoor & Dimple Kapadia. Memang pelakon best-best la.


Filem ni mengisahkan Parghat Singh Kahlon atau Gattu lakonan Akshay Kumar:96: yang terpaksa ikut kehendak ayah dia supaya tak main kriket:31: untuk England. Disebabkan waktu mula-mula keluarga dia ngn keluarga Punjabi yang lain berhijrah ke England, dorang ni tak diterima sebab dianggap macam pendatang asing. Sampai kan orang caci dorang, kacau hidup dorang. Ayah Gattu lakonan Rishi Kapoor:93: ni memg semangat la sampaikan anak-anak Punjabi ni boleh bersekolah, dorang ada hak kat England tu.


Tapi dalam masa yang sama, bila Gattu dah besar & dia suka main kriket:31:, dia di tawarkan masuk pasukan England untuk pemain muda. Tapi ayah dia tak bagi sebab dia memang benci orang England. Sampai umur Gattu 34 tahun, dia dapat peluang kedua untuk masuk pasukan kriket:31: England. Kiranya , Gattu dapat balik life dia waktu umur dia 34 tahun la. Memang best filem ni sebab bagi inspirasi la kat kita, kita slalu dapat peluang kedua, so, guna yang sebaiknya kan.

Dan ofcos, di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, mestilah ada wanita belakang nya. Itu la watak Simran lakonan Anushka Sharma:95:. Cantik woo dia ni.Memang putih je kulit , suke aku tengok. Simran la yang sokong Gattu masuk kriket:31: tu. Dan memang berhasil la endingnya:t: .


Filem ni yang best nya :
:60:Lagu semua best. Antaranya Kyun Main Jaagoon, Laung Da Lashkara, Baby When You Talk To Me dan lain-lain.
:60:Pelakon semua best. Rishi Kapoor yang jadi ayah Gattu memg menjadi la watak dia. Ye la, pelakon senior kan.
:60:Pelakon pembantu pon best dimana pelakon pembantu tu ahli keluarga Gattu ni la. Dorang ni jenis duduk serumah ramai-ramai, so, memg meriah la dengan perangai orang.
:60:Jalan cerita best, padat, senang paham dari awal lagi. Kiranya tak payah pikir banyak, korang dah faham apa konflik dia.

Nak tengok full movie, boleh tengok kat YouTube. Ada subtitle.

Photo Courtesy : Tumblr



Jul 3, 2011

Wajib Tengok

Assalamualaikum. Amboi, tajuk, wajib tengok. Okey sebenarnya nak cerita pasal filem Sekali Lagi:t:. Sebelum tengok, mesti rasa, aii, macam tak best je. Malas la nak tengok, baik tengok Harry Potter ke, apa ke. Tapi semalam, lepas diskusi dengan Wansyah kat McD Jusco, Shaz pulak ajak jalan-jalan. Aku memang yang kekurangan duit ni hanya la mampu cakap, "aku takde duit ni nak jalan-jalan". Shaz pulak cakap, "takpe naz, pkai duit aku dulu". Nasib baik nak makan cukup duit kan. Shaz cuma bayarkan tiket wayang je.


Okey, serius Sekali Lagi:t: ni emosi, lawak, best, sedih,romantik dan lain-lain. Memang best dan sedih. Walaupun, genre filem ni komedi romantik, tapi bagi aku Sekali Lagi:t: ni sedih. Macam mana Shila ni hadapi percintaan dia dengan pancaroba daripada hubungan yang tidak direstui keluarga. Lepas ayah dia meninggal dunia, suami dia, Arman (Sam:96:) pulak tinggalkan dia. Tapi semua yang berlaku ni bersebab. Ada sebab kenapa Man tinggalkan dia.

Pastu seronok bila tengok gelagat Man:96: berkawan dengan Amy (Mia:94:). Memang lawak dan comel sangat.Memang macam ayah & anak betul. Pengajaran nya, setiap hubungan perkahwinan antara laki dan perempuan tu biar la ada restu dari keluarga. Bila takda restu, memang hidup pon tak berkat. Tak kira la macam mana kita sayang kekasih kita. Ni pengajaran kat diri sendiri jugak la.

Antara sebab yang best :
:73:Mia dan Lisa jadi mak dan anak yang super cute.
:73:Watak Sam & Mia sangat comel bila berdua.
:73:Sam memang berbakat bawak watak dia sebagai org autisme.
:73:Jalan cerita yang best, ringkas,padat.
:73:Ending bagi aku pon macam logik.Tak kan Shila nak kawin dengan org autisme kan.
:73:Lisa pon pandai bawak watak yang memang sedih.

Cuma satu je, aku tak boleh nak nangis :face22: tengok Sekali Lagi:t: ni walaupun sedih, sebab sedih dia tak capai tahap kesedihan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Boleh tak?

Ohh, nak buat peringatan.Sekarang kan musim panas, banyakkan minum air :19: masak.Aku dah lama batuk dan minggu lepas pulak kena sakit :face32: tekak sampaikan nak telan air liur pon sangat sakit. Kalau sakit tekak beli Dequadin sebab setakat ni okey jugak.

Jun 17, 2011

Perasaan

Orang tengok Keranamu Laila,Aku tak tengok.
Orang tengok Asmara,Aku tak tengok.
Orang tengok Nora Elena,Aku tak tengok.


Orang kata Seth Tan suami pujaan, aku pon diam sebab tak tau.


Kawan dok sembang pasal Nora Elena dalam Facebook, aku mampu baca je status tu tanpa nak komen balik.


Memang selalu ketinggalan, nak buat cam mana kan.HEHE. Shaz cakap rating untuk Nora Elena yang kedua paling tinggi lepas Nur Kasih. Nasib la Nur Kasih aku tengok.

Photo Courtesy : Tumblr

May 7, 2011

Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum. Hai, tak sabar tunggu nak tengok Nur Kasih The Movie.. HEE. Seronok ke tak seronok ke sedih ke tak sedih ke, hati aku debar-debar nak tengok. Sebab dulu aku sangat berdebar-debar tiap kali tengok Nur Kasih, darah tinggi semua ada waktu tu. Nantikan 19 Mei 2011.

May 5, 2011

Secret Garden

Anneyeong haseyoo..Cewaah, eja pon tak betull.Annoying sungguh.Assalamualaikum semua. Sihat ke? Dah makan? Harini cam mana, ada rasa gumbira or berduka. Jangan berduka nanti lara..Tak payah cakap byk. Harini nak bercerita pasal Secret Garden. Tau tak ape itu. Okey straight to the pointer, Secret Garden ni drama korea. Drama baru jugak la sebab last year, hujung-hujung tahun punya drama tayang kat Korea. Disebabkan teknologi sekarang cepat, walaupun belum tayang kat tv sini kecuali Astro, kita dah boleh tengok dengan mendownload.


Secret Garden lakonan Hyun Bin dan Ha Ji Won ni mengisahkan pasal seorang lelaki kaya yang memang perangai menyampah lakonan Hyun Bin ( Kim Joo Won) yang jatuh cinta pandang pertama dengan seorang stuntwoman lakonan Ha Ji Won (Gil Ra Im). Sebenarnya macam pertemuan mereka ni macam dah takdir la sebab ayah Gil Ra Im ni pernah selamatkan nyawa Kim Joo Won masa Kim Joo Won umur 21 tahun dalam satu tragedi kebakaran. Tapi ayah Gil Ra Im mati. Pastu, cerita ni macam cerita cinta dongeng la sebab ada magic di situ. Di mana, roh mereka bertukar badan. Wahh, tragik tak aku cerita pasal klimaks terus. Tapi sejak tu la, cinta Kim Joo Won & Gil Ra Im ni bersemai. Dan banyak la kisah romantik mereka berdua yang buat jiwa aku gelabah malu-malu gituw. Tapi memang la cerita Secret Garden ni buat aku tak berenti tengok. Lepas habis satu episod sambung lagi satu episod. Dan aku mula suka padanan Hyun Bin & Ha Ji Won. Sepadan la. Secret Garden ni jugak ada scene sedih bila mana mak Kim Joo Won ni berusaha nak putuskan hubungan mereka, dan ada jugak scene-scene meleleh air mata. So, korang tengok la cepat.!


Kim Joo Won ni nakal la jugak sebabnya mula-mula mereka kenal tu, dia sangat banyak kacau Gil Ra Im, tapi senakal-nakal dia, Gil Ra Im suka jugak kat dia. Lawak la.He he. Nanti happy ending jugak cuma mak nya Kim Joo Won still tak terima Kim Joo Won kawin dengan Gil Ra Im.


Yes, it is true. Memang watak Joo Won & Ra Im ni sepadan dan macam melengkapi la. Cerita dia ala-ala Cinderella sebab Ra Im yang miskin ni bertemu jodoh dengan Joo Won yang kaya gila. Tapi ada part-part ala-ala Little Mermaid sebabkan Ra Im ni kononnya tak sesuai hidup dengan Joo Won sebabkan perbezaan taraf and she want to disappear like bubbles. (-.-)

Scene yang buat hati aku berdebar-debar malu-malu kucing.


“It’s not because I love you, but because I only love you. If I don’t have you, then I won’t have any other choices.” – Joo Won


Yeay, aku awesome, sebab aku dah habis tengok Secret Garden. Hah, kalau korang tengok jaket Kim Joo Won dalam cerita ni, ada 4 jenis jaket tau. Dan semua bling-bling cam artis geli-geli gitu. Tapi sebabkan Hyun Bin ni hensem, nampak dia bertambah comel pulak bila pakai jaket bling-bling.


Watak lain adalah Oska atau Hyung yang merupakan cousin Joo Won dan dia pon ada kisah cinta dia dengan watak Yoon Seul. Yang mereka berdua ni jenis watak tegas ego tak mau mengaku yang mereka ni sebenarnya saling suka sama suka lagi. Walaupun pernah putus cinta. Tapi last-last mereka ni ngaku jugak. 


Lagi satu watak Assistant Kim yang merupakan setiausaha Kim Joo Won. Watak dia ni memang buat aku gelak je, tak tension tau. Lawak dan comel. Pastu gaya dia selalu cam comel. Aku rasa dia patut menang anugerah la sebagai watak komedi yang tercomel. Gaya dia walaupon kadang-kadang cam budak-budak, Kim Joo Won tetap kekalkan dia sebagai secretary.


Nah gambar kawin mereka. Okey, rasanya aku dah terover excited bercerita sampai korang tak payah tengok dah Secret Garden sebab dah tau jalan cerita memang pahape betol Nazirah. Tapi korang kena jugak tengok. Nanti rasa nya akan tayang kat Astro 393 One HD. Sebab haritu ada tengok iklan dia kat tv. Waduh2, kalau gini, nanti balik rumah dok ngadap Secret Garden kat tv pulak la aku. Okey bye.

Photo Courtesy : Tumblr



Jan 20, 2011

Wild Child - Filem Remaja yang Comel

Salam. Lama tak tulis. Bukan ape, nanti kalau selalu sangat tulis, orang ingat aku tak buat kerja lak. Bek aku diam je, padahal online memanjang kan. HE HE. Okey, semalam, amik masa tengok filem Wild Child, dak bilik aku bagi. Best woo cite ni. Pasal Poppy More yang terlalu sosial dalam hidup dia, sampai ayah dia tak tahan, so ayah dia hantar masuk Abbey Mount Boarding School for Ladies. HE. Mula-mula dia masuk ,memang dia gedik la, pakai kasut tumit tinggi, baju dia semua nye fashion-fashion. Pastu, sebabkan dia macam desperate sangat nak keluar sekolah tu, so roomate die, 4 orang tolong dia. Macam-macam rancangan mereka supaya Poppy dapat dibuang sekolah. Tapi last-last, Poppy sedar yang kawan-kawan dia tu kawan sebenar & sekolah tu sebenarnya banyak ubah dia. 
Sweet, aku suka cite remaja ni. Dah la comel. Aku pon rase nak jadi cam Poppy More sebab ada kawan-kawan yang best & banyak tolong dia.


Laki ni anak pengetua sekolah tu, Freddie, Freddie ni salah satu rancangan Poppy sebagai alasan untuk dibuang sekolah, tpi last-last tersuke lak kat Freddie ni.


Sweet lah tshirt ni, cool je ayat dia kan. HE HE


Kawan-kawan Poppy yang sangat comel la bagi aku. Josie, Kate, Kiki & Drippy

Photo Courtesy : Tumblr with Wild Child Tag