Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Aug 1, 2011

(Siri Memori) Belon Tiup Guna Straw


Assalamualaikum. Hai semua. Dah lama benar tak buat siri memori. Paling last aku cerita pasal permainan Jutaria. Hehe. Siri Memori ni mengimbau kenangan aku time muda-muda dahulu.Sekarang pon muda, tapi muda kearah tua la jugak. Okey, harini nak cerita pasal permainan belon tiup. Aku tak tau nama spesific dia, tapi ala, belon tiup, belon yang kita tiup guna straw tu. Haritu pergi kedai runcit ,terjumpa bende ni. Satu 30sen. Dalam nya ada sebiji gula-gula, belon tiup dengan belon getah 1. Excited la aku meniup nye. Teringat waktu budak-budak,aku lagi suka main belon ni dari belon getah, sebab (1) aku suka bau udara dia (macam ketagih gak la =,=), lepastu (2) bila dah kempis, kita boleh picit2 dia, (3) bila tiup kena cepat2 tutup lubang udara dia, supaya angin tak kuar (konon excited).

Tapi bila pikir-pikir balik, betapa merosakkan kesihatan betul belon ni, sebab bile kita tiup, udara belon tu yang berbahan kimia akan masuk balik dalam paru-paru kita melalui straw tu. Rasa macam makan udara toxic.

Jan 21, 2011

Jutaria - Permainan Zaman Kanak-Kanak

Salam. Petang tadi pergi Hock Kee Seng dengan pakwe kawan aku, Melin. Melin nak beli pen dengan hadiah untuk adik dia. So, pergi lah kami naik moto, macam couple tak. HE HE. Kalau naik moto, rasa cam couple je, okey, sudah merepak. Melin beli Saidina untuk adik dia. Tau kan Saidina, yang permainan cam Monopoly tu. Aku lak terikut beli Jutaria sebab murah sikit, RM3.90. Yang Melin beli tu nak dekat RM30 harga dia. Aku suka! Yeay, nak main dengan sapa ni. Sapa-sapa nak main, beli hotel, rumah leh la bagitau aku. HA HA.
Sebenarnya aku dah lupa macam mana nak main, sebab dah lama tinggal. Tapi yang aku ingat, aku suka kertas yang letak kat tengah-tengah tu, yang ada kertas merah & hijau. Kalau nasib baik, dapat duit. Kalau nasib tak baik, habis duit.
HE HE. Fatin, Sue, Dello, jom main mende nih. Melin jadi bank.


Kertas oren & merah tu yang aku cakap aku suka tu. Yang kite letak kat tengah-tengah. Kertas biru untuk beli hotel & rumah. Yang bawah tu, tempat main dia. Yang lawak nya, macam-macam tempat ade, Maxis, McD , KFC, Lebuhraya Utara-Selatan, Stesen LRT Pudu, Airport Sultan Azlan Shah Ipoh pon ada. -_-. TV3, Astro, NTV7 pon ada. Memang ada kemajuan betul la, kagum aku.



Dec 9, 2010

(Siri Memori) Majlis Graduasi MRSMBP 2005/2006

Salam. Lepas baca entri Pqah, aku pon terkenang gak time graduasi. Aku suka tima graduasi ni sebab nya lepas graduasi, aku dan kawan2 kelas pegi jalan2 ke Bukit Jambul. Seronok je keluar tanpa kad outing. Hahah..Kiranya kami keluar secara illegal. Tapi takde la kena tahan sebabnya hari tu memg ramai budak keluar dengan family lepas graduasi habis. Aku graduasi dengan pointer ___..hahah..tak sampai 3 pon. Tak kuat belajar time tu.


Aku time pagi sebelum masuk dewan. Waktu dok asrama kan kena bangun pagi, tambah2 ada hal penting macam ni. Pagi2 lagi kami dah pegi kelas, nak jumpe kawan2 kelas, pakai jubah, tangkap gambar, sembang2 dan macam2. Aku kat pokok tepi kelas. Selalu dok bawah pokok tu sebab ada kerusi.


Keris ni semua dapat time graduasi, macam cenderamata la. Sekali dapat dengan sijil MRSM lagi. Waktu graduasi, muka kau terpampang kat skrin, bagi satu dewan nampak muka kau. Sebelum tu ada raptai lagi, sesi tangkap gambar lagi sebab nak letak muka kau kat skrin depan dewan tu. Pilih jubah lagi. Bila tengok gambar pakai jubah, rase tegap je badan aku. hahah ;p 

signature

Dec 8, 2010

(Siri Memori) Album Gambar Waktu Sekolah

Salam. Korang mesti paling suke zaman sekolah kan. Sama macam aku. Zaman sekolah la paling best, tak tension. Padahal waktu sekolah dulu punya tak suke la nak bangun pagi, bersiap semua awal2 pagi, tunggu van la, ape la, nak pergi sekolah. Lepas tu, nak belajar lagi, matematik, english, sains, kimia, fizik..Eii, masa tu rase "cepat la habis sekolah, nak enjoy!". Lepas habis SPM, masuk matrik, masuk U, baru tau cam mana hidup sebenar. Belum kerja lagi. Okey,  habis merepek. Kenangan waktu di MRSM Balik Pulau, aku abadikan dalam sebiji kamera yang menggunakan kodak kepunyaan Yob aku. Macam2 event, aktiviti, gila-gila remaja aku dan kawan2 dalam kamera itu. Then, cuci, dan letak dalam album. Ni sekarang tangkap gambar guna kamera digital, tangkap ribu-ribu keping, tapi tak cuci. Sekali kamera ke laptop ke kena curi, hilang kenangan korang semua. Terima Kasih pada teknologi dahulu !


Dalam kelas aku, rasenya aku saja yang banyak tangkap gmbar dan cuci. Kawan kelas aku, Ain ada gak bawak kamera digital. Jai lak budak SIRED (Sidang Redaksi) ada kamera digital sekolah punya. Aku ada 2 album yang penuh dengan gambar kami kat sekolah. Campur gambar kat Wira Jaya.

 Gambar kat atas, gambar dalam bus nak balik Ipoh time cuti sekolah. Best. :))
Kenangan time sekolah la paling best.

signature

Dec 7, 2010

(Siri Memori) Buku Zaman Kanak-Kanak

Salam. Aku suke baca buku. Entah berapa kali aku cakap kan. Suke gila lah baca buku, sanggup beli buku tiap kali oraang datang sekolah jual buku. Konon abah kau berduit kan, tapi takpe, hasil kumpul duit, aku dapat beli buku macam2. Dulu selalu beli buku kisah nabi, walau cerita berulang-ulang, beli gak, tak mau kalah. Ada gak buku kisah dongeng. Buku Kelab Buku Kenari pon aku suke. Buku Kelab Buku Kenari ni karya penulis Malaysia. Ada Melayu, Cina dan India. Tapi kebanyakannya penulis Melayu. Ada juga karya budak2 sekolah. Best baca. Waktu Sekolah Chulan dulu pon selalu pegi library pinjam buku Kelab Kenari ni, sebab serius best jalan cerita die. Jangan main-main, penulis Malaysia pon boleh buat kisah misteri atau pengembaraan atau penyiasatan.
signature

(Siri Memori) Komik Anak-Anak Sidek


Salam. Aku nak cerita pasal Komik Anak-Anak Sidek. Waktu sekolah rendah dulu banyak gile lah kumpul komik ni. Dari bilangan 1-100, dalam 70 buah aku ada. Kebanyakan aku beli sendiri hasil duit aku. Memang syiok lah baca komik Anak-Anak Sidek. Kisah Bun, Ajib, Alan, Aman dan Adul yang merupakan leganda badminton negara. Kisah hidup mereka time kecik-kecik, macam mana ayah mereka, Haji Sidek train mereka sungguh2. Best la, hidup budak kampung kan. Tapi sebabkan aku ni jenis tak hambik kisah, Yob aku dah ambil buku-buku aku, bawak pegi rumah dia. Dapat kat anak buah aku, memg hilang habis la sume buku ada. Yang tinggal 7 buah ni je. Huhu..tak pe la kan.

signature

Nov 30, 2010

(Siri Memori) Tabung Gajah Duduk BSN

Salam. Kita semua suka menyimpan duit kan, atau menabung kan. Sama macam aku, dari kecik lagi belum sekolah, abah dah belikan tabung ayam dengan tabung tembikai untuk aku menabung. Bila dah penuh, abah pecahkan, dan pegi BSN, bukan akaun Giro untuk budak-budak remaja macam aku. Then, bila kita bukak akaun kat Giro tu, orang BSN kasi tabung gajah duduk ni, tapi kena tambah duit la. So, dari tabung itu la aku menabung setiap hari, sampai umur berapa ntah la.. Nak dekat RM1000 lebih gak la. Dan tabung ni aku masih simpan, dan ada berapa ketul duit 50 sen dalam nya. Daripada tabung ni la, duit aku dalam ASB wujud. Kalau nak harapkan duit dalam CIMB, heh, belum cukup semester, dah habis buat makan McD.Ehh, ni siri memori. Menabung dalam tabung gajah duduk BSN GIRO.
signature

Nov 28, 2010

(Siri Memori) Kerja Part-Time TM

Salam. Ni siri memori. Tak tau la ape beza siri memori dengan siri kenangan cerita aku nih. Baca je lah..Hahah.. Kali ni nak cerita pasal kerja pertama aku buat, kerja part-time sebagai orang ayang menjual secara atas telefon kat Telekom Malaysia Berhad. Haha, jangan main-main, walaupon aku gagap sikit, tapi boleh gak meniaga dalam telefon. Waktu tu, kawan aku, Irnie, ayah dia kerja TM. Irnie ajak aku kerja kat sana jual promosi yang TM buat iaitu Lets Talk. Sapa yang pernah orang TM call rumah dia, itu la kerja aku.
Lets Talk ni ada 3 pakej, RM68, RM88, RM108. Dalam pakej ni ada macam2 la promosi nya, termasuk streamyx murah, call rumah seluruh Malaysia murah, call Celcom murah. Aku tak nak cakap banyak, nanti ada orang cari aku lak..Hahah..Kesimpulan aku kan, korang TOLONG JANGAN subcscribe any promotion from TM okey without any black and white document. Kalau rase nak beli apa2, just pergi je Telekom tu tanya betul2, baru beli. Dengar la nasihat aku , walaupon aku ni hanya berumur 21 tahun.

Pekerja Manis : Hello, assalamualaikum, saya Nazirah daripada Telekom Malaysia Ipoh. Boleh saya bercakap dengan En. Abdul Rahim B. Samad (bukan nama sebanar)?
Bini En. Rahim : Dia takda. Kenapa ?
Pekerja Manis : Ohw, saya nak cakap dengan die pasal satu promosi dari TM. Kalau saya dapat cakap dengan dia, lagi elok. (Bagitau tujuan)
Bini En. Rahim : Dia takda, tak payah cakap dengan dia. Cakap je dengan saya. Saya isteri dia. (Suara kat belakang, suara laki.)
Pekerja Manis : ..........

Hihi..Macam2 pengalaman masa call. Bayangkan, aku kena call rumah orang Melayu, cakap dengan pakcik, makcik, abang, kakak, mcam2 la.. Ada yang baik, layan kami ni, ada yang peramah siap tanya soalan sejarah lagi (cikgu sekolah !), ada yang suruh mintak kerja kat Majlis Perbandaran Subang Jaya la dan lain2. Call rumah orang Cina lak, kena cakap slow2 sikit. Call rumah orang India pon senang. Tapi sekarang ni nak kerja balik (praktikal) bulan 5 tahun depan, rase takut pulak. Aku rase bidang IT ni tak ramai pekerja perempuan. Cam mane eh nanti ?? Huhu
signature

Nov 19, 2010

(Siri Memori) Tali Benang Warna-Warni


Salam, lama tak menulis. Cewaah ;p. Hari ni sambung siri memori. Tengok la gmbar tuh..Hahah, tali benang yang diikat-ikat. Masa sekolah rendah dulu, popular la bende ni dikalangan budak-budak perempuan yang memg suka kraf tangan. Yang tali berwarna-warni kat tepi tu, mak yang ikatkan. Simpan buat kenangan. Yang reben tu, sepupu aku yang bagi, mungkin ada lagi orang yg dok buat reben bentuk 4 segi tu. Bila kita tarik je, terus panjang..

 

Then, guna tali benang buat nama. Guna plastik or kayu aiskrim. Ada kawan yang buat meniaga bende nih, hari-hari aku tempah. Rasanya 20 sen 1.Aku pon pernah belajar ikat tali benang tu, kawan yang ajarkan, sampai dalam kelas KAFA pon ada masa mengikat tali benang tu. Pastu gantung kat beg. Tali benang tu kirim kat kawan, beli kat kedai jahit.Heheh, dari kecik rupanya aku dah kreatif, meniaga ape sume..Hihi ;p 

Dan gambar sebelah ni ini takde kena-mengena dengan tajuk. Ni adalah pencil box yang aku beli waktu darjah 4 kat Greentown Mall. Waktu tu ada pameran dari penjara. Ni banduan penjara Taiping yang buat. Daripada kertas or mungkin surat khabar. Then balut-balut lawa2, then lekat sampai jadi pencil box. Kreatif kan mereka. Yang warna biru tu coin purse, kawan bagi. Farah Roslan. Tetibe je dia bagi kat aku, kadang-kadang baik, kadang-kadang tak rapat. Waktu dia bagi ni, mood dia tgh baik la tu. Hoho
signature

Nov 14, 2010

(Siri Memori) Kad Nama/Name Card


Salam, Sambungan siri memori..Hihik..Semangat ye ko Naz. harini cerita pasal kad nama or name card. Zaman sekolah rendah sampai menengah, sume kawan-kawan ada. Sape takde memg ketinggalan zaman kanak-kanak..Hahah..kejam..Aku salah seorang PENJUAL kad nama ni.Hah,jangan main-main, walaupun takde bakat petah berkata-kata, aku ada bakat pengaruh orang. Aku tunjuk katalog, cakap lebih kurang, cepat je kawan order. Bab nak bayar, aku bangge ngn kawan-kawan aku, takde yang kaki ngelat tak mau bayar. Aku leh consider la, takkan nak paksa org bayar, nama pon budak sekolah. 1 set RM3. Kalau penuh 1 borang boleh dapat 1 set percuma. Mula-mula aku letak la nama aku kat bahagian percume, pastu kakak aku cakap, bahagian percume tu letak nama kawan, so boleh untung RM3. Betul gak kan..Hihi..Orang yang membawa aku ke landasan perniagaan kad nama ialah kawan aku Nur Aliah Fatin & Nur Insyirah.

(Siri Memori) Buku Autograph

Salam. Sambungan siri memori bersama Nazirah. Takpe la, cerita pasal diri sendiri, takde keyword penting pon untuk tingkatkan trafik, yang penting aku seronok.Hihi.Tadaaa, buku autograph. Yang tengah-tengah, buku autograph masa darjah 6, ada orang datang sekolah jual, aku memg suke beli buku yang org datang promote kat sekolah tu. Ramai kawan-kawan aku beli, aku rase byk gile ah biodata yang aku dah tulis dalam buku mereka.Yang warna hitam, buku autograph masa tingkatan 5 di MRSM Balik Pulau, tapi buku tak berkualiti, cepat sangat rosak, tapi still simpan buat kenangan.Yang warna purple itu, buku autograph masa form 3 tak silap aku, kat SMK Wira Jaya. Yang gambar atas ni, kawan aku yg kreatif bab-bab nak buat jadual waktu, nak hias kelas. Autograph dia pon kreatif. Ni kawan SMK Wira Jaya.Best sebab boleh refresh balik kawan-kawan time sekolah, bak kate kakak aku, aku banyak belajar kat banyak tempat, so, kenangan dgn kawan-kawan tu bercampur-aduk, so susah nak ingt sgt. Itu bagi aku, mungkin korang ingt sume kawan-kawan dari sekolah, matrik, U dan lain-lain.

Nov 13, 2010

(Siri Memori) Name Tag

Salam, hai, harini menggeledah barang-barang dalam laci almari bilik.Amboi kau, panjang benar. Jumpa la barang-barang warisan semasa sekolah dulu. Suke sgt. Nasib baik kakak saya simpan, kalo harapkan aku, emm, entah ke mana-mana la agaknya name tag ni.Tada, name tag saya..Sukee..Yang warna biru tu, waktu tadika dulu umur 6 tahun. Yang bentuk pelik sikit warna hijau tu lencana sekolah agama rakyat..Ha, lencana ada pin lagi tau,tak main jahit-jahit. Yang warna merah, name tag pengawas pusat sumber waktu tingkatan 4 kat SMK Wira Jaya. Dan, yang warna putih, name tag waktu sekolah MRSM Balik Pulau. 2005112 tu nombor maktab, macam ala-ala nombor matrik la tuh. Kuikui, kenangan la..Eh, byk lagi barang, tpi akan update satu persatu. Bia tulis dalam blog, nanti cucu cicit boleh baca.