Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Geram. Show all posts
Showing posts with label Geram. Show all posts

Mar 2, 2011

Cakap Besar

Assalamualaikum. Hai semua. Entri kali ni nak cerita pasal cakap besar. Cewah, hot sangat la tu tajuk aku. Aku memg muak dengan jenis cakap besar ni, tak kire la org yg aku kenal atau tak. Kirenya apa dia buat, dia la paling beruntung, dia la paling hebat dalam dunia ni. Bila dia dapat keputusan elok dalam exam dia cakap 'ah, sebab aku rajin, sebab tu aku dapat 4.00rata" ,gini la lebih kurang. Walaupon bila aku dengar, aku diam kan, tapi dalam hati tetap rasa panas. Sebabnya kalau kate-kate kite terlalu jujur dan berterus terang, mungkin org akan fikir lain. Dan mula la keluar andaian, rupanya macam ni perangai budak ni. 
Aku rasa cara paling senang dan selamat adalah bersukur dengan setiap apa kite dapat. Kalau kite dapat keputusan elok, kite bersyukur kepada Allah sebab usaha kite dapat balasan setimpal, cakap Alhamdullillah. Jangan la cakap, "sebab tu aku dapat elok, dah aku rajin". HA, kan dah lain nada dia kan. Kalau kita cakap secara rendah diri, nada dia lain tau, contoh, "heheh, aku dapat 4.00rata pon sebab aku buat latihan dalam buku, kalau tak, mesti teruk jugak, huhu". Kalau aku dengar org cakap gini, aku pon tumpang gembira sebab dia dapat elok.
Ye, bukan nak cakap org, tapi cakap pada diri aku jugak. Aku sentiasa cuba untuk menjaga mulut sebab sekali mulut kite salah cakap, mungkin selama-lamanya berbekas kat hati orang. Kita tak tau, mungkin hari ni hari kita, tapi akan datang, kita pulak yang terkena. Kalau nak jujur, aku cakap dulu "jujur aku cakap ni". Kalau bergurau, cakap la dalam nada gelak tawa. Kalau nak serius, cakap la dalam nada serius. Biar apa kita cakap org tak salah faham. Kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merana la hati.
p/s: mulut bau longkang tu sebab tak gosok gigi pas makan durian. HE HE.

Feb 20, 2011

Otak Mendidih

CELCOM TERUK. DULU CURI KREDIT AKU RM8, HARINI CURI KREDIT AKU RM4. TAKPE-TAKPE.KO BAGI AKU KREDIT FREE PON AKU TAK RASA BERBALOI DENGAN KECURIAN KO. BILA AKU CALL CENTER, KATE AKU BUKAK INTERNET, PADAHAL,AKU DOK BILIK ONLINE GUNA LAPTOP. PAKAI BROADBAND MAXIS YANG LAGI BETTER DARI KO. AKU PAKAI MAXIS 5 TAHUN PON TAK PENAH CURI KREDIT AKU WALOPON MAHAL. BLAH LA.
MOOD MARAH, HABIS CAPS LOCK SUME HURUF MENUNJUKKAN KEMARAHAN AKU. KAWAN AKU KENA CURIK KREDIT RM26. WHAT THE HAL LA KAN.

Pengakuan Fatin Cas mengatakan Fatia Cenget kena kecurian kredit RM26. =,=

Kalao ye, aku salah menuduh, aku MINTAK MAAF la kepada Celcom. Tapi kalau betul la memg berlaku kecurian kredit tanpa sebab musabab yang bernas dan logik di akal fikiran aku dan dalam kawalan tindakan aku, memang $$%^^&&**^%$.


p/s : Kalau aku salah, minta maaf awal2 sebab menuduh. Manusia cepat marah bila hal duit. Tambah-tambah student macam aku ni hah. Grrr

Jun 25, 2009

Info Gigi Bongsu

Entri ni sambungn entri sebelum-->Mood Sakit

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.
:pandaGeli_01:
*saye belum dewase..hihi*
Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).

Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.
:pandaGeli_12:
*no no no*
Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.

Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.

Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.

Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!
:pandaGeli_15:
*Korang la tuh..hihi*
Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.

Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.
:pandaGeli_30:
*huhu*

Sumber : Berita Harian
Kalo gigi korang cukup 32 batang tuh,memg da dewase la korang..Kalo belum cukup,korang kanak-kanak lagi,macam saye..hihik
Kredit to:Zul--yg memberitahu berkenaan gigi ini--

Jun 24, 2009

Mood Sakit

Sekarang sakit gusi..Depan sakit,belakang sakit..
Bile nak gosok gigi,berdarah2..Haiyoh...
Nak tumbuh gigi baru ker?..:pandacloud_16:..
Ke nak kene tampal ke..:pandacloud_10:
Nasib baik selere makan masih kuat..:pandacloud_03:
Mood: Rimas,Sakit,Sedih

Jun 23, 2009

Minipixels atau Emoticon untuk Blog dengan Greasemonkey

Disebabkan busan dok rumah,so suke menjelajah blog org..Pegi blog TheJijie..Beliau mencerita pasal minipixels beliau..Teruja..So,mencari2,terjah2..Akhirnye..Ni boleh jugak panggil emoticons. Best dan comel. Kalau nak emoticon yg lain, boleh install scripts ini :
Korang just click Install untuk install script itu okey :)
Click SINI untuk download Greasemonkey yg HOT! Kalau nak belajar pasal Greasemonkey, boleh click SINI.



:t::e::r::i::m::e: :k::a::s::i::h:

:c::h::o::k::i::l::a::l::a:

Kenape??
Sebab kite belajar membuat minipixels di blog die..Bukan la buat sendiri minipixels yg ciut tu,tpi tau la kat maner nak download,cam maner nak buat script sendiri..And die juge memberi byk javascript minipixels ini..huhu..Terharu..pas ni boleh buat script sendiri juge..See,byk giler aku cilok kat blog Chokilala..Ish2,Nazirah memg malas ape..

:chokilala:
also kredit to:Munirah,Fizz Fairuz,Jijie:penyu2:
Nak pasang juge?Belajar di cini..hihi
Okey, minipixel or emoticon ni boleh digunakan di old editor sahaja tau. Kalau korang guna updated editor, memang tak keluar la emoticons ni. 
Cara nak pastikan korang old editor or updated editor, pergi 
Settings --> Basic --> Global settings --> Pilih Old Editor.

p/s:memg Nazirah terlambat belajar,tpi nak juge promote..hihik

Jun 8, 2009

Entri Berantai

Kan tdi kite bercerita berkenaan kite tidak dpt Diploma Separa Perubatan SPA *sile membaca entri di bawah terlebih dahulu*....kite tgk keputusannye kat Laman Web SPA..tup2,baru je jap tdi,surat dari SPA sampai untuk memberitahu kite tak lulus temuduga..Ai,satu2 datang..Ni nak berguling2 nih..
.
.
.
.
Tamo2,ni nak nangis nih...huhuhu...T_T
.
.
.
.
kenape 2,bukan 3??

p/s: Nazirah,sila berjuang untuk mase depanmu!!

Pizza Mengubat Luke?..BerjayaKah?

Dulu kite penah bercerita pasal kite pegi temuduga..Kalo tak penah bace,sile menjenguk Temudugaku..
.
.
.
.
Jawapannye??..Dukacita Dimaklumkan Miss Durian Runtuh Tidak Dapat Jawatan yg Diminta..
So,dgn Sukacita nye,kite memaklumkan,kite telah mengisi borang SPA tu lagi untuk kali kedue..Sampai dapt,baru kite berhenti mengisi borang..hikhik..
.
.
.
.
Lantas,kite memberitahu makcik,'Lah tak dapat SPA..huhuhu'..
Mase tu,Abah & Makcik menghantar Yang kite pegi Medan Gopeng--stesen bus-- untuk ke KL..Balik2,mereka membawa pizza hut..Maybe untuk menyembuh luka di hati..
.
.
.
.
.
.
.
.
Sedap,tpi luka di hati tidak terubat..pedih,seksa,kecewa!!!..

p/s: Aiyoh,UMT menunggu aku..

May 21, 2009

Kenapa Kah??

Tarikh:21/05/09
Masa:lebih kurang pukul 6 ptg
Sebab:Tidak Dapat Dikesan
Penerangan:
Blog kite bermasalah..tak tahu kenape..tdi pgi bukak elok jer..sebab slah kite ke menaruh terlampau byk accessories atau salah connection..Huhuhu..Bile bukak je,tibe2 tertutup.Internet Explorer mengatekan beliau tidak boleh membuka link blog kite..Mengapakah?Kenapakah?.. (T_T)..Semoga ptg ni je jdi macam nih..Kalo hari2,lgsung terbiar je blog ni kang!..Emosi kejap..Okeh lar..Bye2..huhu..