Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Felt. Show all posts
Showing posts with label Felt. Show all posts

Feb 24, 2011

Hasil Kraftangan Kedua : Felt Brooch & Bantal Kecik

AsSalammualaikum. Dulu aku pernah buat kan keychain nama yang memg sgt la buruk jahitan aku. Last-last aku bagi kat encik abg, di mana beliau cakap cantik. Aku tak tau ape yang cantik ntah. =,=.Ni aku buat main-main je. Isi masa lapang, padahal banyak kerja kan. Huhu. Tapi bukan buat sehari suntuk okey. Aku buat ni dalam 15-20 minit sahaja untuk satu benda ni. Mula-mula aku buat bentuk love yang besar tu. Sebabkan aku takde bahan mentah banyak macam Melin, aku cari-cari la pin tudung yang dah tercabut jarum dia, jahit kat love tu. Jadi la brooch besau gedabak.


Pastu buat bentuk petak ada huruf N tu, untuk Nazirah, aku tak letak pape. Biar kosong macam tu je. Pastu letak fiber bayak-bayak sampai ketat. Kendian, jahit yang bentuk petak ada love tu, depan belakang kaler lain. Depan ada love, belakang ada petak-petak macam tingkap.


Yang benda panjang tu aku tak tau motif aku ape. (?) Emm, yg bentuk bunga tak jadi tu (?) aku tak tau nak cakap bunga ke rama-rama ke. Macam taik bintang pon ada. =,=. Tapi yang pasti, aku jahit semua. Mana yang bentuk love lekat tu pon jahit. Tak macam dulu, aku jahit macam apa je, kali ni jahit dengan penuh kasih sayang. Jahit jelujur. Ehh, betul ke jelujur (?). Kalao org meniaga macam Melin, semua shape ni ada bentuk-bentuk dia yang tekap kertas, tapi aku main lukis terus je.


Okey, ni buat sebabkan stress banyak kerja yang tak siap. Kalau korang tengok, sume biru ngn pink je. Sebab aku nak cuba je, so aku beli 2 keping je kain felt tu. Nasib murah rm1.80 sekeping besar dari A4 paper. Sapa nak kain lebih nak try jahit, mintak la. Kawan2 kos je ye. HA HA. Aku beli kat SusndFelt. Rupanya best kalo menjahit ni, dari main tenet je kejenye, bek aku menjahit. Bila dah siap, suka je tengok. Nak jadikan harta warisan katekan. Sebab kan minat aku bermusim, aku dah rasa puas buat benda ni, lepas ni try benda lain pulak. Okey Bye.
p/s ; Benang tu hasil tajaan roomate aku, Nora. Banyak gila guna benang dia -,-