Miss Durian Runtuh

Jul 12, 2013

I will smile at you with joy.


//Sedihnya.Berubah lah.Sebelum ajal menjemput.

Jul 10, 2013

Salam Ramadhan & Persoalan di Hati


Assalamualaikum semua orang. Sihat ke? Haa, selamat berpuasa semua. Semoga Ramadhan kali ini ibadah kita lebih baik hendaknya. Panjang umur, boleh puasa cukup sebulan dan raya. Dan kalau ada rezeki boleh lagi sambut Ramadhan tahun depan kan.

Sebenarnya, nak cakap sikit. Sekarang kan fesyen baju kurung peplum/moden je kan. Korang pernah tak terdetik kat hati dan fikiran korang, ada lagi ke orang beli/tempah/pakai baju kebaya ye tahun 2013 ni? Haa, kita lagi la, pernah pakai kebaya sekali je selama 24 tahun ni, waktu kecik-kecik dulu time tadika kot. Haa,glamor kan waktu 5 6 tahun pakai kebaya. Haa, selepas Google rupanya Zalora ada je jual baju kebaya. Macam tak percaya -.-

Lepas tu korang pernah tak terfikir kenapa banyak blogshop jual jubah mahal-mahal sampai RM150 keatas ye. Sedangkan jubah tu dikira 1 piece, bukan ada baju dan kain asing. Macam ni beli jubah kat Mydin je la. Hahaha. Baik lah itu saja persoalan di benak hati saya ini. Ada masa kita tulis lagi. Wassalam.

Photo courtesy : islamgreatreligion

Jun 23, 2013

4 Bulan Kemudian

Assalamualaikum semua. Haa seperti tajuk kat atas tu, 4 bulan kemudian selepas post INI kita pergi Sabah, again. Kami pergi dari 28/5/2013-4/6/2013. Haa, apa kes sampai 2 kali pergi Sabah dalam setahun ni. Kes nya abang kita kawin orang Sabah yaww. Waktu mula-mula dulu pergi dengan abah & makcik saja. Kali kedua pergi, kami satu keluarga 13 beranak pergi Sabah. Ini la first time kami semua pergi melancong sama-sama. Macam biasa semua tempat yang kita dah pergi mula-mula datang Sabah dulu, kitaorang pergi lagi dengan adik-beradik yang lain. Tapi lagi meriah la sebab ramai-ramai kan. Cuma kali ni kami ke Sabah, waktu hujan pulak. So, nak berjalan tu tak berapa lancar sikit.

Bila dah seronok berjalan ramai-ramai ni, rasa berangan nak pergi lagi melancong satu family. Kuching ke, Vietnam ke kan. Cuma tak syok nye, semua adik-beradik dah lengkap kawin. Tinggal kita sorang je membujang. So, bila berjalan tu terpaksa menyempit dengan kakak ipar sebab I takda laki yaww.

Dan sebenarnya rasa nak edit blog warna seperti di atas, mint green + soft pink. Tapi disebabkan dah lama sangat tak main blog, rasa macam tak penting je kan nak edit blog. HAHA. Tengok lah nanti.Sekian!