Miss Durian Runtuh

Oct 27, 2011

Co.cc Domain

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekarang ramai blogger pakai domain co.cc ni sebab free dan mudah.Sign up dan boleh guna domain co.cc ni setahun.Aku teringin jugak nak pakai sebab teringin nak merasa ada domain sendiri.Konon nak letak la www.missdurianruntuh.co.cc sebab kalau nak pakai www.missdurianruntuh.com malas nak bayar sebab kita suka barang free.Banyak la sebab kau kan.Konon-konon kita nak la ubah url yang hodoh tu suzuran89 apekejadah kan.

Tapi bila nak sign up tu tibe-tibe terfikir,apa kata aku cari dulu kelemahan domain co.cc ini.Last-last jumpa blogger Indonesia ni yang bagitau Google sudah block domain co.cc ni dari search engine.Maksudnya,kalo orang google blog ko,tak keluar result.Tambah-tambah kalau blog korang popular or korang banyak buat tutorial,kalau orang search,tak keluar blog korang kat Google page.So,rugi la.Haritu kat Facebook,Blogger tulis status DIATAS. :) 1Share tu aku la.Okey,apa pandangan korang?Ninie Oh Ninie,habaq mai.Okey bye.Wassalam.

Photobucket



Oct 25, 2011

Blog Kena Remove,Apa Nak Buat?Redha Je La.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.Semalam blog picisan ini kena remove oleh Blogger.Semua tak boleh bukak,Gmail,Google+,Blogger sebabkan Google nak buat maintenance maybe?Tapi aku takde rasa pape pon,aku tengok,oh,kena remove ke.Takpe la,remove la.Heheh.Tapi bila Gmail pon xboleh bukak aku dah pening.Kenapa pulak dengan semua sekali dia block kan.Pastu memg dorang ada bagitau akaun aku dah disabled sebab dorang nak tingkat kan prestasi & keunggulan.Okey,aku pon email la Blogger kenapa akaun aku disabled sebab aku xlanggar undang-undang pon.Dan xsampai 24jam,aku dah dapat bukak balik akaun aku.Okey,kalau jadi kat korang macam tu jangan risau okey.Dorang sebenarnya nak cek akaun korang tu,nak cek blog korang kot-kot ada post yang tak patut.

Kalau jadi macam ni kat akaun korang,try la email BloggerHelp,dan tanya kenapa akaun korang tak boleh bukak & blog kena removed.Kurang-kurang nampak la korang aktive user & tak buat salah pape kan.Nah email BloggerHelp. Aku rasa tak siapa perasan kot blog aku kena remove sebab dah malam masa tu.Shaz je perasan.HAHA.

Oct 23, 2011

Kredit

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua. Hai,harini rasa sangat marah sebab rasa letih sangat.Letih la.Dengan runsing semua.Opps,nak tanya la kan,korang rasa kalau korang guna tutorial orang or freebies or gambar or quote orang bagi kan,korang mesti nak kreditkan kan.Kreditkan tu maksud korang ape?
  1. Adakah just letak nama "terime kasih miss durian runtuh" tanpa url?
  2. Adakah letak url sahaja tanpa linkkan seperti "suzuran89.blogspot.com" (org lain pon malas nak search)?
  3. Adakah LINK KAN url/atau nama owner blog tu macam ni Miss Durian Runtuh @ suzuran89.blogspot.com baru dikira sebagai kredit?
Just reminder kepada diri sendiri & orang lain yang guna hasil kerja orang.Jangan diri sendiri kata "Tolong CREDIT" tapi diri sendiri pon letak "nazirahmoktar.tumblr.com" pastu orang lain pon susah payah nak menggagau cari kat bahagian mana nak cari gambar/tutorial tu.Aku banyak gak perati orang buat macam tu.Sebab tu dulu pernah certain blogger blogspot dari malaysia ni kena serang dengan blogger tumblr dari luar negara sebab tidak KREDIT pada dorang atas doodle dorang,tpi kredit pada orang yang dok sebar doodle tu.Sighh. -,-

p/s : Betulkan entries kita dulu sebelum nak suruh orang lain.
p/s : Saya jadi pemarah a.k.a hulk kalau saya betul. (erkk,cam mana tu,tibe-tibe marah kan.)
p/s : B A C A I N I (takut tak?)=,=