Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Intern. Show all posts
Showing posts with label Intern. Show all posts

Jul 28, 2011

Jamuan Makan-makan

Assalamualaikum. Esok rancang nak buat jamuan makan-makan sikit. Hope berjalan lancar seperti di rancang. Bajet makan 7-8 orang sahaja. Konon ada student baru masuk nak praktikal, tapi bos cakap dorang masuk minggu depan. Tapi takpa la kan, biar berlebih dari terkurang. Shazwani, sila berusaha memasak okey. Aku macam biasa, bawak makanan yang ready made by orang lain. Hihi, dah lama tak buat jamuan makan-makan. Last waktu sekolah. Waktu matrik aku dah hilang ingatan. Waktu UMT, kebanyakan acara, bagi duit, lepas tu ada orang yang akan arrange semua, datang bawak perut je.

Ais kacang Min belanja kami. ^__^ Special kan, siap ada gulagula lembik tu.

Jul 20, 2011

Seronok Praktikal Sampai Rasa Sayang

Assalamualaikum :c:. Harini penyelia UMT datang melawat tempat praktikal dan juga untuk ambil laporan akhir. Fuhh, memg penat la sehari semalam menyudahkan apa yang patut dan prepare. Dan pagi tadi pukul 9 pagi En Fakhrul :96: dah datang dan pembentangan mula pukul 9 lebih. Apa yang aku takutkan tidak la berlaku, sebab nya aku dan Shaz tak buat sistem, cuma buat sistem pangkalan data online sahaja. Syukur sangat En Fakhrul :96: okey & pembentangan pon okey.

ITSC tercinta <3

Hari ini memang hari yang penuh gelak ketawa bagi aku. Hari ini penyelia kami, Encik Bahar:93: sangat-sangat la sporting dan asyik buat lawak je. Memang terasa best sangat hari ini :'). Seronok sebenarnya kerja, tambah-tambah kalau bos kita pon sporting dan boleh nak gelak ketawa dengan kita. Bak kata Encik Bahar, kerja mana boleh stress-stress. Betul betul! Tak lupa jasa En Nirender hari ini yang sangat-sangat buat kami kagum & terharu!

TM Taiping, banyak kenangan bila pegi sini :42:.

Minggu depan habis lah latihan industri dan memang terasa sayang sangat nak lepas kerja ni. Boleh pulak kan, padahal kami kerja takda elaun, kiranya macam takde alasan je kalau nak sambung kerja. Harini pulak, kami kena tolong manager TM install laptop dia. Dan, Encik Azmi ni hadiahkan kami & Encik Bahar pendrive 2GB. Memang apa la sangat pendrive 2GB kalau orang lain pikir, tapi bagi aku, ini la gaji a.k.a kenangan aku sepanjang praktikal kat sini.

Harus tunjuk muka bahagia. Ni kawan baru saya :')

Shaz, pasni ko jangan rindu aku:face2: .HAHA. Syukur sangat la ada kawan sekali kerja. Bayangkan kalau sorang-sorang, mesti aku stress, pastu bertambah la peratusan wanita stress kat Malaysia kan. Bila berakhirnya pembentangan ni, berakhir la segalanya. Boleh dikatakan ini la penghujungnya degree aku.

Apa pulak langkah lepas ni?


:125:

Jul 17, 2011

Masa Berlalu Bagai Angin

Assalamualaikum semua & selamat sejahtera. Sedar tak sedar dah nak habis dah latihan industri aku kat Telekom Jalan Dato' Onn Jaafar. Sekejap betul masa berlalu. Seronok sebenarnya kerja tambah-tambah ada kawan sekerja yang best & bos pulak sporting. Macam-macam benda baru belajar, dapat pengalaman baru dan dapat kenal perangai orang bekerja. Ada yang sporting tak hengat, ada yang kepala angin & ada yang kuat bekerja sampai terasa kagum dengan golongan kuat bekerja ni.

Baru terasa sedar, aku sebenarnya suka bekerja sebab tak kisah kalau balik lambat atau tak kisah kalau badan letih. Asalkan kerja yang kita buat tu kita memang suka sangat-sangat. Kalau kerja yang tak minat tu memang lain pulak ceritanya kan.

Nak cerita pasal bos, bos pulak jenis kuat bekerja. Tak kisah balik tengah malam, tak letih walaupun baru balik outstation, tapi tetap jugak buat kerja & set mind kena jugak siapkan kerja sebelum cuti. Bos yang sorang lagi jenis sporting, asyik melawak tak kira masa & tak kisah kami nak main-main asalkan kerja siap.

Environment TM ni memang cool je, staf TM pulak jenis peramah je. Walaupun ada seorang dua yang jenis gula-gula Hacks, tapi tetap okey. Lagi 2 minggu habis praktikal, then duduk rumah puasa diam-diam. Cepat nya masa berlalu.

Terasa makin jauh dengan kehidupan dahulu :\

Jun 3, 2011

Karnival Upin Ipin

Assalamualaikum. Hai semua. Harini ni start karnival Upin Ipin & ICT kat Stadium Indra Mulia Ipoh. Hamboi, lepas je setel kerja kat Wisma, terus pergi stadium ngn Shaz. Hamboi2, mentang-mentang la Shaz bawak kete kan, laju je langkah. Okey, nak masuk kat replika rumah opah kena la ada tiket. RM5 untuk dewasa & RM1 untuk kanak-kanak. Pastu pulak kat passport tu ada tempat cop-cop, kalau penuh 9 cop tu dapat baju Upin Ipin. Tapi sebabkan kami ni terlampau pasif, tak de la rasa excited nak cari org yg boleh cop-cop tu. (Entri ni gambar berterabur)


Tibe-tibe ada kat dapor rumah opah. Memang rumah tu sebijik rumah opah weh. Ada bilik opah, kak ros, upin ipin. Ada dapor, ada bilik air. Kan nak pergi dapor ada tangga, siap ada tangga la rumah tu. Ruang tamu pon sebijik.


Tibe-tibe tunjuk passport kan. Ni dorang panggil passport, kami dapat 3 je cop, cop Mei Mei, Upin Ipin ngn Mail je.


Tibe-tibe Shaz ada kat depan rumah Opah. Hijau lagi tu.


Yang budak pompuan tu la yg bawak suara Upin Ipin. Yang comel tu bawak watak Intan Payung. Tadi dia buat suara "Selamat Pagi Cikgu" dengan gaya-gaya sekali. Sebijik.


Ni la tiket/passport Upin Ipin. Kalau parent yang bawak anak-anak memg berbaloi sebabnya tiket murah je. Cuma tak bape berbaloi kalau anak-anak korang mintak patung Upin Ipin ke, baju Upin Ipin ke, barang-barang Upin Ipin ke. Sebab nya agak mahal disitu.


Basikal Upin Ipin yang dalam episod Tok Dalang tolong dorang buat basikal tu. Ingat tak?? Hahaha..Serius comel <3


Shaz pon. :)


Okey bye. Nak balik rumah. Jumpa la lenkali ye. Tadi jumpe Wansyah u oll kawan-kawan aku mana yang baca entri ni. Dia buat sistem untuk cabutan bertuah lagi tu. Kami dah masuk. Konon-konon dapat la kan.Okey bye.

psss: Shaz, kamera ko ni memg clear la gambar die..aku suke!hehe



May 17, 2011

Berita Semasa

Assalamualaikum. Hari ni cuti hari wesak. Dok rumah makan-makan je. Hari ni korang buat ape ? Sibuk berjalan-jalan or duduk rumah je rehat-rehat.

Ni pejabat yang macam workshop. Banyak printer, desktop rosak je.
Ni kad pelatih.Putih kan. HA HA.

Semalam dah dapat kad pelatih. Tengok gambar saya, serius cam albino. Kening pon tak nampak. (-.-") Oh, esok kerja balik. Minggu depan abah & makcik pergi rombongan ke Acheh. Moga dapat la sebarang 1 2 beg kulit hasil rembatan semasa shopping. Semoga semua selamat.Amin.

May 11, 2011

(Intern) Setup PC Baru

Assalamualaikum. Hai semua. Seperti yang dirancang, harini kena pegi outstation. Cewaahh, outstation konon la. Senang cakap kalau budak praktikal macam aku, nama nya kerja luar la. Harini pergi Telekom Pasir Putih. Hehe. Kena setup PC ngn notebook baru untuk staff Telekom kat sana. Cuma 3 PC je yang nak di setup. Aku 1 PC, Shaz 1 PC & En Matzin 1 PC. Kena tukar la semua pc lama dengan baru, pastu setup setting, join domain, network sharing, activate Microsoft Office & printer sharing. Cewaah, tengok buku la. Aku ngn Shaz masing-masing tolong-menolong. Banyak jugak tanya En Matzin bila ada masalah. Hope lepas ni kalau boleh nak buat lagi dan tak mau tanya banyak-banyak a.k.a dah reti sendiri la. Pastu petang lak setup notebook. Kejap je sebab tak buat backup pon. Macam PC tadi kena buat backup dulu untuk staff. Yang best nye sebab staff Telekom semua peramah siap bagi kek coklat lagi. Malu.

Shaz muka happy kan dapat siap dulu dari aku. HE HE. Rujuk buku lagi. Pasni kena ingat sendiri. Eh, kalau kerja luar boleh pakai suar jeans/kasual. Tadi rehat singgah rumah Shaz. Mak Shaz masak sedap. Terima kasih makcik :)

Ni PC lama, yang baru sebelah tu. Kena buat backup dulu. Rasa cam wahhh, tak pernah aku buat kerja gini. Selalu kalau kerja gini bagi kat Wansyah je.


Ni dah lepas setup. Dulu pakai Dell, sekarang tukar HP. Pastu dah siap kena la ajar staff-staff guna Window 7 & Office 2010 padahal aku pon pakai Office 2007. Memang kita kena explore sendiri. =.= Pastu tiba-tiba kena belajar pasal Office Outlook sebab staff sana guna untuk baca email. Disebabkan aku tak buat sistem untuk PITA dan tak jumpa user, masa LI ni dapat la peluang jumpa user dan ajar dia macam mana nak guna walaupun hanya ajar basic Window. Bak kata En Matzin, selalunya kita kena la letak benda penting kat desktop sebab staff lama-lama ni dah biasa guna Window XP, Office 2003, sampai kadang-kadang dorang tak mau guna, nak jugak Office 2003. Semoga semua Puan-puan tadi dapat la biasa guna Window 7 & Office 2010.

p/s : Buku log hang tak update, blog hang update. Apa ni ceq oii. Ya lah ya lah, ceq update la nanti. (-.-")
p/ss: Kalau aku tak update tu, makna nya takde kerja la tu. Tapi hope hari-hari ada PC baru nak setup or ada benda yang masalah. HA HA.
p/sss: Tetiba rasa suka dengan kerja networking ni. Waktu belajar punya pening kan.

May 10, 2011

(Intern) Belajar Networking

Assalamualaikum. Lain tempat lain kerjanya. Kebanyakan kawan aku dapat kerja yang melibatkan programming dan kena buat sistem. Tapi kalau praktikal kat Telekom lebih kepada teknikal. Tadi supervisor, En Matzin ajar nak configure setting bagi pc Telekom, pasal sharing,XP mode, DHCP dan lain-lain. Serius pening, rasa macam dalam kelas. Kena setting email la,domain & lain-lain. Beliau ajar jugak pasal switch dan hub. Memang kena tengok buku balik la pasal architecture semua. Rasa seronok jugak walopon dari pagi tak buat apa, tapi akhirnya dapat belajar dari Tim cam mana nak setting printer kat Telekom. Ni la kerja nya, kalau ada hal pape kat Telekom seluruh Perak, department Scan Support IT ni akan turun. Tapi sebabkan kurang lagi ilmu, kami tak dapat buat. So, last-last En Matzin tunjuk macam mana nak tukar IP address bagi printer tu sebab ada masalah network dia. Baru la printer tu boleh print. (-.-"). InsyaAllah esok, kena pergi Telekom Paser Putih, kena configure PC baru kat sana. Wish me luck :) Oh, harini tak pegi Taiping. Huhu.


Tadi lunch kat Yik Fong. Pastu jalan-jalan jap. Sebelum tu jalan-jalan teman Shaz beli kasut dia. Beli kasut getah Crocs. HE HE. Kedai kasut banyak kat belakang ni.

May 9, 2011

(Intern) SSO Scan Support IT


Assalamualaikum. Hai semua. Harini first day intern. Saya dan Shaz hanya duduk saja, tapi InsyaAllah esok akan di beri tugas. Semoga semoga. Dapat belajar bende baru. Belajar software, tapi kerja hardware. Memang berpeluh la bila pikir kan. Tapi why not takes it as challenge rite. Nama pon belajar IT, tak kan tau software je. Belajar belajar sampai ke negeri Cina. Tapi sebolehnya nanti akan datang hope dapat jugak belajar kerja dalam bidang software. Ya ya, web based, system, database. Kena la buat jugak kan. Opss, hari first day dah lawak, Shaz tersalah tempat praktikal. Aku pon sekali gelabah sebab dah pukul 9 pagi. Tapi muke Shaz pon takde lagi. Dapat kawan baru, dak Cina , Tim, budak UTHM , tapi minggu depan dia sudah habis praktikal. So, tinggal kami berdua. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan kami dan beri peluang kepada kami untuk belajar dan dapat pengalaman sebanyak yang boleh. Amin.

Photo Courtesy : icanread