September 2014 | Miss Durian Runtuh

Sep 6, 2014

Perbarisan Kawad Merdeka 2014 Peringkat Negeri Perak

Assalamualaikum. Amboi, kemain lagi tajuk, tak boleh panjang lagi ke? Hahaha. *Gelak dalam hati* Sejak aku masuk kerja di UPSI, banyak jugak la aku ikut atau join aktiviti, benda yang orang kata zaman aku belajar dulu, aku sangat liat nak buat. Yela, jadi AJK, masuk kawad, sapa ndak kan. Tak cool okay. Tapi memandangkan dah masuk alam pekerjaan yang bersaing ni (nak dapat kerja tetap), ko kena la rajin tunjuk muka, menunjukkan ko aktif dalam aktiviti jabatan. Dannnn, Nazirah tercolan masuk kawad merdeka negeri Perak uollls..


Hari pertama, dalam 25 orang ja yang pergi raptai. Kontinjen lain penuh 1 kontinjen (55 orang), bayangkan betapa rasa kecil je kitorang waktu tu. Tapi, nasib baik dapat jugak markah. Hari kedua, baru la semua orang pergi raptai, pakai baju biru itu. Baru ada semangat betei. Hari sebenar, 31 Ogos 2014, pakai baju korporat merah yang di tambah aksesori *hahahahaha gelak dalam hati* dan kami MENANG NAIB JOHAN KATEGORI IPT & SEKOLAH ! Hahaha, tak sia-sia berlatih, paksa hati join kawad sebab takda kawan semua! Ok lah bye. Sekian.