February 2013 | Miss Durian Runtuh

Feb 10, 2013

Melancong ke Sabah

Assalamualaikum.Selamat Tahun Baru 2013 & Happy Chinese New Year.Hehehe.Terasa pelik pulak sebab dah lama tak tulis-tulis kat blog.Ada lagi ke orang nak baca cerita blog ini? Tak kisah la.Nak jugak cerita.Heheh. Tahun 2013 ini dimulai dengan cerita pergi ke Sabah.Apa tujuan? Jalan-jalan dan melawat abang kita yang duduk di Sabah nun. Pergi 26/1/2013-3/2/2013. Hah,lama kan.Selama 9 hari di Sabah bukan la seluruh Sabah kami ronda,tapi banyak jugak la tempat kami pergi.Lets gone!

Hari Ahad 27/1/2013, kami pergi ronda Pasar Gaya.Gambar takda sebab sibuk berjalan.Situ penuh orang berniaga barang kraftangan,cenderamata,makanan dan jugak orang jual haiwan peliharaan macam kucing & anjing.Hah,all in one kan.


Hari Isnin 28/1/2013 kami pergi ke Kundasang.Dalam perjalanan singgah di Rumah Terbalik di Tamparuli.Tamparuli tu makcik kita cakap kampung Marsha Milan Londoh katenye.Rumah Terbalik tu memang terbalik sungguh,dalam rumah tu semua terbalik.Lantai atas,siling bawah.


Kemudian,hah,tiba-tiba dah sampai ke Kundasang.Kami singgah di Taman Kinabalu/Kinabalu Park.Dekat sini kalau cuaca elok memang boleh nampak Gunung Kinabalu.Tapi waktu kami pergi,cuaca mendung.So,takda bukti la dah sampai Gunung Kinabalu.Tapi dalam perjalanan naik atas ke Kundasang tu memang nampak gunung tu.Memang tinggi sungguh.


Kami menginap di Hotel Perkasa Mount Kinabalu Heritage & Spa.Memang sejuk betol Kundasang.Lebih kurang Cameron Highlands tapi Kundasang lagi best.Nampak tak langit mendung,malam kami tidur tu hujan renyai.Pergghh,sejukkk.


Petang tu pulak pergi Desa Dairy Farm,tempat lembu susu.Memang beratus lembu ni,waktu kami datang dorang tengah perah susu lembu.Dan semua lembu ni memang terlatih.Sempat la makan aiskrim dan beli susu segar 4 kotak.Hah,macam lembu New Zealand kan.


Esoknya sebelum balik,abang kita bawak pergi Poring Hot Spring.Gambar atas ni air terjun tapi tak boleh guna lagi sebab berasid.Kenapa berasid?Sebab air ni dah tercemar dengan sisa-sisa lombong bijih besi.



Poring Hot Spring ni di Ranau,bawah Kundasang.Tempat ni memang besar,ada Taman Rama-Rama,Titi Gantung,waterslide dan kolam-kolam yang banyak.Nak masuk pon pakai tiket berbeza.Kami cuma rendam kaki dalam kolam air panas.


Balik dari Ranau,naik semula ke Kundasang singgah di Kundasang War Memorial.Tempat bersejarah ni cerita pasal tahanan perang dulu.Tentera British & Austria banyak mati & terseksa sebabkan tentera Jepun.Dari 2000+ tentera cuma 6 orang je yang selamat.Dorang kena paksa berjalan dari Sandakan ke Kundasang dalam hutan.Kena paksa buat landasan kapal terbang sampai sakit-sakit.


Waktu di Kota Kinabalu,kami banyak berjalan kat shoping complex.Di KK tu memang banyak sungguh pasaraya tak terkira.Rasanya dah masuk semua kecuali Borneo Mall.Makan kat kedai mamak,tepi laut,restoran nasi padang,restoran nasi ayam,restoran d'kl @ restoran dalam rumah.


Hari Rabu pulak kami pergi berkelah di Pulau Manukan & Pulau Sapi.Naik bot laju.Pulau tu sangat cantik dan bersih.Kami siap snorkeling berdiri lagi tengok ikan dalam air.Memang dah niat nak pergi Sabah mandi laut & berkelah.Ada lagi dua buah pulau kami tak pergi ; Pulau Mamutik & Pulau Sulug.


 Jeti Pulau Manukan


 Jeti Pulau Sapi


Terakhir gambar diri sendiri dari jauh.Kihkih.Kenapa tak letak gambar sendiri banyak-banyak macam selalu?Sebab dah gemok.Yang jadi sejarah pergi ke Sabah ialah first time naik kapal terbang.Baru tahu macam mana sakit telinga,berdebar dan tak tahan dengar budak kecik menangis selain pengalaman beli makanan dalam flight.

Trivia Sabah
  1. Harus pergi ke Pasar Philipine.Sebabnya situ la tempat jual kraftangan dan mutiara.Cewahh.Barang cenderamata, beg,perhiasan,baju,keronsang,apa korang nak semua ada.Pasar dia berasingan; ada pasar buah,pasar keropok,pasar ikan,pasar ikan kering & pasar kraftangan.
  2. Pergi la singgah ke pasar malam di Kota Kinabalu,tapi tak sure apa nama tempat dia.Keronsang & mutiara lagi-lagi murah!
  3. Nak beli mutiara separuh harga selain keronsang,gelang yang cantik-cantik?Pergi Kedai Jamilah Jewellery.Memang semua barang dia separuh harga sebab dia kedai wholesale.Rambang mata dibuatnya.
  4. Orang Sabah tak kuat makan pedas.So,kalau makan di kedai jangan berharap nak makan pedas okay.
  5. Orang Sabah banyak pakai kereta 4x4 macam Hilux tu selain kereta Viva & MyVi.
  6. Makanan agak mahal tapi berbaloi sebab banyak penuh pinggan.
  7. Walaupun Sabah itu dalam Malaysia,bila kita pergi sana kita dapat pas lawatan selama 90hari.Orang Semananjung yang kerja sana pon kena renew pas kerja setiap 5 tahun.
Sekian. :)